30 December 2008

Aku telat ke kerjaan

Aku ketawa sendirian.

Aku ni kuat tido. Taktau kenapa.Kalau kat rumah sewa memang housemate aku tau waktu tido aku pukul 4 petang sampai 6 petang.Malam hari pula aku tak boleh tido.Mula la aku kecau semua satu rumah.Borak-borak,nyanyi-nyanyi.Ahahaha..

Sebenar aku bukan nak cerita pasal dekat rumah sewa.Aku nak cerita dekat rumah aku sendiri.Masa aku praktikal Jan08-Jun08. Biasa balik kerja keluar pukul 5.30, then pukul 6 macam tu aku sampai la rumah. Aku pun membaringkan diri atas sofa depan tv aku dan melayang terus.Tertidur.

Tiba-tiba terdengar umi memanggil aku, Mira,Mira! Bangun..pegi kerja,dah pukul berapa dah ni. Belum sempat otak aku mentafsirkan maklumat yang disampaikan umi, aku terus bangun mengambil handbeg,dan melonglaikan kaki aku melangkah. Umi bertanya, kau nak ke mana? Lantas aku menjawab, pergi kerja la.Bergema rumah aku dengan tawaan umi,kakak dan adik aku.Rupanya mereka hanya mempersendakan aku. Waktu ketika itu menunjukkan pukul 7 malam.

Sebab mengapa aku terus melangkah untuk ke tempat kerja adalah kerana aku ingat sudah pukul7.30 pagi dan aku pasti akan terlewat ke pejabat.Rupanya baru pukul 7.30 malam.Ahahhah

No comments: