08 August 2012

Resipi : Pavlova

Salam 19 Ramadhan.
Entry kali ni kita nak kongsi resipi pavlova. Pavlova ni banyak jual dekat cafe and bakery tetapi mahal sangat. Oleh itu, kita tekad nekad untuk buat sendiri. Jum ikut kita ke dapur. Dapur kita terus jeee lepas tu belok kanan. hahah. okay tak lawak -_-

Bahan-bahan yang diperlukan ialah, calon-calonnya ialah:

1. 4 biji telur putih, PUTIH sahaja, jangan cuba-cuba nak letak telur kuning. cubit nanti kang! haipp
2. 1 sudu tepung jagung
3. 1 sudu cuka masakan
4. 1 sudu essen vanilla
5. setengah cawan gula kastor

Untuk topping:

1. 250 ml whipping cream
2. 1 sudu esen vanilla
3. gula halussss sesudu
4. Buah-buahan, semua boleh kecuali DURIAN!
















Cara-caranya

1. Panaskan oven selama 10 minit sepanas 150 darjah celcius.
2. Boleh la start mixer kan bahan-bahan pavlova. Topping tu nanti dulu ye, siapkan pavlova baru buat topping.
3. Whisk kan telur sampai jadi meringue. Apa itu meringue? yakni pukul and rembat telur sampai bertandukk! Nampak tak tanduk meringue kita tu. haha. Sila rujuk gambar di bawah ye.



 4. Bila dah bertanduk makanya bila mangkuk tu kita terbalikkan, meringue tak akan jatuh. Sila rujuk gambar di bawah yer.

5. Selepas tu boleh la letakkan meringue untuk di bakar. Bakar meringue itu!!

6. Bakar selama 1jam api bawah and 15 minit api atas bawah. ngerti? kalau tak nanti bawah je masak tau.

7. Tadaaaaaaaaaa dah masak! ooopsss jangan terus keluarkan dari oven nanti dia jatuh tergolek tau. biarkan dalam oven untuk beberapa minit.

8. Lepas dah sejuk boleh la siapkan topping ( mixerkan je bahan-bahan topping tadi sampai kembang) then hias sampai lebamm sekreatif yang boleh. hihu.

Setelah dipotong!


psst, umi kita excited nak try pulak. ehem.


Selamat Mencubaa!

Until we meet again

06 August 2012

Resipi : Aiskrim Goreng

Salam Nuzul Al-Quran and Salam Ramadhan Al-Mubarak (tak terlambat lagi kan Ramadhannya?)

Dah lama tak buat comeback, maaf la busy sikit. Tiba-tiba rasa taknak jadi akauntan in the future. Eh?
Okay, straight to the point, entry kali ni kita nak kongsi resipi AISKRIM GORENG NYUMNYUM.hahah. mesti ade nyumnyum k. As simple as an ABC!! wahhh  gitu! OK jum ikut kita ke dapur Cik Ateen .

First and foremost, bolehla adik-adik beli sebuku roti yakni apa-apa jenis roti pun. nak beli berapa banyak tu ikut suka la okay. kalau sebuku ni akan dapat tambah tolak 10 ketul aiskrim goreng. yeay.

 Second, boleh la pilih acuan. Paling simple acuan benjo kat bawah ni. Nak guna acuan tart boleh, acuan love love boleh. apa pun boleh. Makanya untuk kali ni kita gunakan acuan benjo. easy peeseeeyyy!

Adik-adik juga perlukan scoop aiskrim . Tapi scoop guna sudu pon boleh.

 Susun roti atas chopping board and scoopkan aiskrim. Kita gunakan aiskrim perisa coklat and jagung.

Selepas tu, himpitkan roti dan tekuppp tekuppp guna acuan benjo tadi tu okay.

Tadaaaa! kan dah jadi ni! Simpan dalam peti sejuk semalaman dan boleh lah goreng sambil nyanyi.

Kulit roti? bagi la kat mak adik-adik untuk dibuat puding roti ye. Nak bagi ikan kat tasik titiwangsa makan pun boleh ye, janji tak buang. (padahal kita buang) hahaha

Inilah hasilnya, garing di luar, sejuk di dalamnyeee! hihuuuuuuuuuuu. boleh buat macam-macam perisa. tips untuk aisrim tak terkeluar dalam kuali adalah dengan memanaskan minyak sehingga betul-betul panas dan campakkk aiskrim goreng tadi. lepas kulit roti nak kecoklatcoklatan bolehlah angkat roti tu okayy!


Selamat Mencuba

Until we meet againnn <3 p="p">

25 April 2012

Life as an Audit Trainee

Hye semua!~
Dah nak dekat satu dua tiga minggu kita tak update blog ni. Dah berlumut tak ni? ke dah beranai-anai ? 
Lately agak busy, motif? komitmen kerja. eh sudahlah Fateen Amirah, komitmen ape benda ni , praktikal je kot. *itulahmentalityyangperludibuangjauhjauh* walaupun praktikal TETAPI mesti ada komitmen, dedikasi and bertanggungjawab. ha, kau ni dah kenapa macam bagus sangat kan. eh tak kesah lah.

Kita praktikal ni sebagai Trainee . Trainee bahagian Audit. Bila cakap audit semua orang pun akan tak suka. Kita nak cerita pengalaman kita audit dekat Sarawak. Company apa? mana boleh bagitahu. P&C tau. nanti boleh mendatangkan bias. Kita ni macam bersemangat waja sangat buat working paper bagai , lepas tu pulak kena jumpa dengan ketua-ketua bahagian kat sana, kita baru je perkenalkan diri, 

"Hye saya Fateen dari XXX Firm nak jumpa untuk audit" Lepas tu kan, semua orang pun like mcm mengelabah. "Eh, Cik Fateen nak jumpa Encik ABC, duduk duduk" dalam hati kita diorang ni semua mesti tak suka kita. Kadang-kadang tu ada yang macam tak nak jumpa kita sebab nanti mesti kita tanya and mintak macam-macam dokumen. Masalahnya sekarang ialah kerja kita memang camtu. By the way job scope kita untuk internship ni more to prepare working paper. So kalau dah account tu banyak tak complete memang panjang lebar lah kita interview person in charge tu. Jangan benci-benci kita tau.

Kalau dah kerja dekat audit firm memang akan travel lah sentiasa. lagi-lagi sekarang peak period. Peak Period untuk audit firm adalah pada bulan Jan - Julai. So memang ngam-ngam soi la kita masuk peak period ni. Memang ngam-ngam la kita dapat kerja banyak
Memang ngam-ngam la kita selalu balik lambat
Memang ngam-ngam la tak banyak weekend yang kita boleh guna untuk enjoy
Memang ngam-ngam kesemuanya
TATAPI kita suka! kite nak reverse psychology sikit, kita cuba untuk suka and anggap ini sebagai valuable experience. and guess what? KITA MEMANG SUKA *Ikhlas*

Kita jugak dapat travel free of charge. Pergi negeri sini pergi negeri sana. Paling jauh sekali Sarawak la, idak la sampai ke luar negara sana kan. Cuma aritu masa kerja kat Johor tu kita TERPERGI Singapore. EH? TERPERGI ke? hahahah. Tapi yang penting senior senior kat office kita tak lokek ilmu. Diorang ni kan tak jemu jemu jawab soalan kita. Kesian diorang suma.


Dah lebih kurang tiga minggu kita keluar masuk hotel sini hotel sana. Bila dapat balik rumah tu rasa lain je. tapi yang penting bila travel semua full support, kita suka kita suka ! ahhahaha.okaylah, sudah cukup sudah. cukup sampai di sini saja. eh mcm lagu kan? yup! memang pun. lagu Nirwana - Sudah Cukup Sudah. dengar la. best tau.



26 March 2012

Kuching! Fateen Amirah datang ni! Meoww

Salam
Selamat Sejahtera
Hello Kucing!
Eh eh eh silap
Hello Kuching, Sarawak!
Finally, kita dapat menjejakkan kaki di Bumi Kenyalang ni.
Alhamdulillah, rezeki kita dapat pergi sini , sebab office tempat kita praktikal ni hantar.

Kita pergi sini bukan holiday ye deknon, ada misi yer.
Hopefully everything will running smoothly hendaknya, Insyaallah.
Kita datang sini menggunakan belon Air Asia, time aceh Air Asia.
hehehehe. perjalanan dari LCCT, Sepang ke Kuching Airport mengambil masa lebih kurang sejam tigaploh minit jee ye. Oleh itu, baiklah hendaknya anda membuat Pre Book Meal utk mengelakkan anda terlambat makan. Ini adalah kerana nanti take time nk order dalam flight tu.
meal di atas diberi nama Bukhara Chicken Briyani, saya bagi 3/5 bintang. kenapa 3 bukan 4 atau 5? sebab masa saya makan tu asik goyang goyang je kapal ni, tak feel. hahaha
yadaaa yadaaaa !!
Bagaimana pula dengan hotel?
Saya telah ditempatkan di 360 Hotel Kuching, bunyi 360 pon dah pening kan pusing tigaratusenamplohdarjahnya! hahaha.. yang bestnya bawah hotel ni adalah shopping complex. wooot wooot.
Berikut ialah kandungan biliknya, ohsemm ye deknon. selesa untuk 2 org seperti saya ni. dan yang penting harga dia murahhh, tak setimpal dengan facility! bolehhhh tak? dalam bilik ni dah siap segala kelengkapan seminggu saya. terbaik lah! macam dalam rumah pon ada. tapi sebenarnya the next next day kita bukan duduk sangat bilik pon, kebanyakkan masa ialah di luar untuk kerja. sho shadd. huhuh.




Macam mana pula dengan makan?
hari ni perut kita tak habes2 terima makanan. kesia perut kita. mesti penat kan.
kita nak cerita pasal dinner je la k, sebab kelaka. semua makanan yang kita and officemate nak order habis. dah habis tu nak makan ape kan? angin je akak tau . last2 sekali kita dapat makan chicken chop and what about the others kan?
TADAAA

senang cerita orang tu bagi kuali masak sendiri, sekian, KESIAN. hikhik


Mengharapkan yang terbaik untuk the very next day, Ya Rabbi permudahkanlah.
AMIN

until we meet again

11 March 2012

Food Galore - The Cabins, Taman Melawati

hye di sana di situ di sinun dan di mana jua anda berada
Apa polah kitak?
Eh kelaka sarawak pulak.
motif cakap sarawak? rindu kek lapis.

ok straight then jangan belok belok to the point, entry kali ni kita nak review food yang boleh diperolehi di The Cabin, Taman Melawati. Actually concept the cabin ni diilhamkan  seperti restaurant and cafe dalam kontena mcm dekat oversea sana. so first time la kita jumpa konsep ni. tak tahu la kalau ada kat tempat lain. Sebenarnya The Cabin ni owns by my aunty and her friends, joint venture la ni kiranya. And her friend tu pulak cousin kawan kita. Eh, what a small world kan, okay tak penting.

The Cabin terletak betul-betul belakang Sakura Kristal sebelum Giant Ulu Klang sana. sebelah kedai ni ada kawasan lapang tempat main paintball. Agak tersorok jugak la, tapi still boleh cari. Cabin ni dibuka setiap hari kecuali Isnin. and operation hours is from 5pm until 2 am. soon diorang planning nak bukak for breakfast.

pic from google
kalau boleh tengak and tenung, gambar di atas ni time waktu petang. nice kan?
pic from google
gambar di atas ni pulak waktu malam. konsep open air, and dekat atas kitchen pon ada seat ala-ala mekdi gitu.

cool kan seat dia?

view dari kontena atas
 presenting Pak Herman, duta The Cabin. acah mak enon je.. hihihih

Seterusnya mari kita layan apa ada apa ada dekat The Cabin ni.
Meal set di atas ni nama dia, Beef burger set, apa yang special ialah patty beef dia. ala-ala burger bakar, senang cerita homemade la. and besar jugak daging dia. nampak tak ada bendera Sarawak? tu la motif kita kelaka (cakap) Sarawak. heheh. set ni boyfriend kita yang order.
 Set atas ni chicken chop. Ayam dia sangat juicy and besarrrr punya. nyummeyh. memang puas hati, tapi kalau ada chip lagi sedapp! gravy dia ialah blackpepper. nyummmm :)
 Set di atas ialah Rosti, for ur information, Rosti ni makanan orang Switzerland, basically dalam ni ada shredded potato, butter, cheese. and saya bg 4 star utk ini! sebab sedap mcm makan pizza! and harga pun murah!
 oh ini pulak set beef burger jugak yang diorder oleh Herman, tapi can u spot the difference?? hahaha, bendera Herman ialah bendera Wilayah. cutting cutting orang KL ye , heheheh.
 nampak tak nampak tak bendera satu lagi?? Papang punye bendera ialah bendera Malaysiaa tanah airku! Tahniah sebab dapat kerakyatan Malaysia. hahaha

Next visit kita nak teraiiiii nasi lemak pulak! anyonee??

okaylah, sampai di sini sahaja rancangan Tepuk Perut Tanya Selera kita.
Sehingga berjumpa lagii
Until we meet again
XO


10 March 2012

Food Galore - Burger Bakar Kaw Kaw

Happy Sabtuday everybody.
Bertemu kembali kita di blog Cik Amira Salim dalam sesi ahli bina badan sambil Tepuk Perut Tanya Selera.
Entry kali ni kita nak review mengenai, mengenai ye, ayat skema datang lagi. Burger Bakar Kaw-Kaw, haaaaaaaaaaaaaa kau ada?

Okay,
stall burger ni terletak betul-betul depan Restoren BRJ Wangsa Maju. Tau tak? kat seksyen 2 sana tu, dekat je dengan cybercafe Orange tu. Kalau lalu sini mesti lah jem sangat. taktau lah kenapa. kiri kereta kanan kereta. dari atas bukit sana tu sampai la ke bawah BRJ jemnya orang parking kan.

berikut, yakni gambar di atas adalah senarai harga burger yang boleh diperolehi di sini. kalau nak untung ambil set skali dengan sparkling juice with pudina, burger itself and also sosej 2 ketoi. memang berbaloi.

71 ye nombor diberi, iaitu pada pukul 8.45 malam. dannnnnnnnn setelah 2 jam kemudiannya barulah kita dapat menikmati burger tersebut yakni pada pukul 10.45 malam tepat! ini tak tipu, i waited about 2 hoursss. oh ini memang boleh mendatangkan meja terbalik. oleh itu, sebelum meja terbalik kita telah ke BRJ untuk menikmati nasi lemak ayam. pun bolehhh. selepas dah makan nasi lemak pon kena tunggu lagi setengah jam. sabar Fateen sabar. 

*flash dari hp saya membuatkan burger nampak sedap 
 sebenarnya sosej ada 2 ! tapi kita dah makan baru teringat nak snap pictureeeee nyee dong. oh kalau perasan sepertinya rotinya telah dicubit. dicubit oleh pemiliknya sendiri iaitu saya sendiri akibat mengamuk kelaparan.oh ye nama burger ni Burger Kahwin sebab campur chicken and beef. sapa penggemar beef harus try! beef dia snagat piawwww and paduu, terbaik! ayam biasa je.
oh lihat di sana! ayamnya seperti terkeluar dan semakin senget, burger semakin hendak runtuh! cepatan makan dong. dapat je burger semua orang pon diam je. om nom nom nom nom. haruslah lapar ,2 jam kot. haishh. memang adat kat sini kena tunggu 2jam orang kata, kiranya mcm perjalanan nak pergi Port Dickson la lamanya.

gambaq ni dr syaz :)
 inilah hasil rampasan kitorang! yeayyy! om nom nom nom.
gambar ni kita ambil dekat google sebab kita teruja tengok tower ni. Tower ni jugak boleh didapati di stall burger ini.
kesimpulannya, siapa nak makan dekat sini harus tanamkan sikap
SABAR - menunggu burger
TOLERANSI - beratur jangan potong line
KOMITED - tak beratur setengah jalan dan tiba-tiba give up
BERTANGGUNGJAWAB - untuk bayar bil!

 meet my own Najwa, hahahah, thanx syazzyyy for the treat. me likey likey
ni sapa nak bayar? ;p


until we meet again :)

Food Galore - Shihlin Taiwan Street

Ayam??
Lompat
Ayam??
Lompat
ooh-laa-laa

Fateen Amirah memang sensitif dengan ayam sebab beliau pengemar tegar ayam.
pernah dengar Uncle Bob?
pernah dnegan ayam goreng taiwan?
inilah dia
sama je
rasa je lainnn! hihihi
FYI, ayam goreng besar yang agak pertama ada dekat Malaysia inilah dia, Shihlin Taiwan Street.
Biasanya ayam dipotong dadu kan, tp kt sini diorang akan potong 2 je. So lebih melayan menikmati sambil kawan sebelah jeling-jeling hint nak sikit.


Peminat ayam di luar sana dah try ke?
Harus try okay
Dijamin addicted.
Lokasi kedai ni dah banyak, tapi kali ni kita pergi dekat KL Festival Mall.

okay memperkenalkan ayam-ayam saya, eh silap. peminat ayam. jangan marah okeh.
oklah until we meet again

Food Galore - Kitchen Creatures

Hai
Bertemu lagi dengan saya yang bernama Meriah dalam rancangannnnnn......................... Jalan-jalan tepuk perut. #EhYeke?, salah tu adik-adik. rancangannnnnn Tepuk Dada Tanya Selera. curlast kau Meriah.

Entry kali ni, akak nak review western food.

Apa yang kita suke pasal western food ini ialah kita suke western food. fullstop. dah suka so nak buat mcm mana kan? 
Restaurant yang berkonsepkan casual western dining sangat simple and sesuai untuk chitchat katanya lagi. Sesuai jugak kalau nak buat reunion. Okay sila scroll untuk keterangan lanjut.

 Kitchen Creatures nama di beri and more to casual western dining. Haaaa tengokk ajelah mulut colour merah tu dah menggambarkan bahawasanya sesiapa yang lapar je dialu-alukan ke sini.Lapar tak sekarang?
 okay tengok tu, decoration dalam restaurants ini jugakk coolio, kiri kanan pun ada gambar ala-ala polaroid. kan?
ok, above is the menu which has a tonne of craving pictures, and it is much more easier for us to just choose from the pictures here. and of course laa all those pic looks nice but the taste? jum layan
 ok pic above is my dish. Grilled Chicken and it only cost u for RM13.
 next, wild mushroom soup cost of RM 5.80. give it a try as a starter. its nyummy
 above, ceasar salad with prawn! can anyone find the prawn?? its in ourrr buncit tummy lah. hahahhaha
 pic above is Salmon. oooohh-laaa-laaa the taste of the wish make me wanna swim. its really nice. but im not into fish so its taste okay la.
PIZZA! but im not sure what its name :( but it taste good. and the food portion quite huge.
the last but not leasttt, spagheti aglio olio with shrimp! oh i love this! +1 +1



 AND here you are my lovely girlfriend, thanx for the treat! and of course uncle and aunty and all.
And dont forget to have a visit then

Kitchen Creatures
Lot F110, Centrepoint
3 Lebuh Bandar Utama
47800 Petaling Jaya
Tel/Fax : 603-7729 8039


until we meet again :)