08 August 2012

Resipi : Pavlova

Salam 19 Ramadhan.
Entry kali ni kita nak kongsi resipi pavlova. Pavlova ni banyak jual dekat cafe and bakery tetapi mahal sangat. Oleh itu, kita tekad nekad untuk buat sendiri. Jum ikut kita ke dapur. Dapur kita terus jeee lepas tu belok kanan. hahah. okay tak lawak -_-

Bahan-bahan yang diperlukan ialah, calon-calonnya ialah:

1. 4 biji telur putih, PUTIH sahaja, jangan cuba-cuba nak letak telur kuning. cubit nanti kang! haipp
2. 1 sudu tepung jagung
3. 1 sudu cuka masakan
4. 1 sudu essen vanilla
5. setengah cawan gula kastor

Untuk topping:

1. 250 ml whipping cream
2. 1 sudu esen vanilla
3. gula halussss sesudu
4. Buah-buahan, semua boleh kecuali DURIAN!
















Cara-caranya

1. Panaskan oven selama 10 minit sepanas 150 darjah celcius.
2. Boleh la start mixer kan bahan-bahan pavlova. Topping tu nanti dulu ye, siapkan pavlova baru buat topping.
3. Whisk kan telur sampai jadi meringue. Apa itu meringue? yakni pukul and rembat telur sampai bertandukk! Nampak tak tanduk meringue kita tu. haha. Sila rujuk gambar di bawah ye.



 4. Bila dah bertanduk makanya bila mangkuk tu kita terbalikkan, meringue tak akan jatuh. Sila rujuk gambar di bawah yer.

5. Selepas tu boleh la letakkan meringue untuk di bakar. Bakar meringue itu!!

6. Bakar selama 1jam api bawah and 15 minit api atas bawah. ngerti? kalau tak nanti bawah je masak tau.

7. Tadaaaaaaaaaa dah masak! ooopsss jangan terus keluarkan dari oven nanti dia jatuh tergolek tau. biarkan dalam oven untuk beberapa minit.

8. Lepas dah sejuk boleh la siapkan topping ( mixerkan je bahan-bahan topping tadi sampai kembang) then hias sampai lebamm sekreatif yang boleh. hihu.

Setelah dipotong!


psst, umi kita excited nak try pulak. ehem.


Selamat Mencubaa!

Until we meet again

1 comment: