06 August 2012

Resipi : Aiskrim Goreng

Salam Nuzul Al-Quran and Salam Ramadhan Al-Mubarak (tak terlambat lagi kan Ramadhannya?)

Dah lama tak buat comeback, maaf la busy sikit. Tiba-tiba rasa taknak jadi akauntan in the future. Eh?
Okay, straight to the point, entry kali ni kita nak kongsi resipi AISKRIM GORENG NYUMNYUM.hahah. mesti ade nyumnyum k. As simple as an ABC!! wahhh  gitu! OK jum ikut kita ke dapur Cik Ateen .

First and foremost, bolehla adik-adik beli sebuku roti yakni apa-apa jenis roti pun. nak beli berapa banyak tu ikut suka la okay. kalau sebuku ni akan dapat tambah tolak 10 ketul aiskrim goreng. yeay.

 Second, boleh la pilih acuan. Paling simple acuan benjo kat bawah ni. Nak guna acuan tart boleh, acuan love love boleh. apa pun boleh. Makanya untuk kali ni kita gunakan acuan benjo. easy peeseeeyyy!

Adik-adik juga perlukan scoop aiskrim . Tapi scoop guna sudu pon boleh.

 Susun roti atas chopping board and scoopkan aiskrim. Kita gunakan aiskrim perisa coklat and jagung.

Selepas tu, himpitkan roti dan tekuppp tekuppp guna acuan benjo tadi tu okay.

Tadaaaa! kan dah jadi ni! Simpan dalam peti sejuk semalaman dan boleh lah goreng sambil nyanyi.

Kulit roti? bagi la kat mak adik-adik untuk dibuat puding roti ye. Nak bagi ikan kat tasik titiwangsa makan pun boleh ye, janji tak buang. (padahal kita buang) hahaha

Inilah hasilnya, garing di luar, sejuk di dalamnyeee! hihuuuuuuuuuuu. boleh buat macam-macam perisa. tips untuk aisrim tak terkeluar dalam kuali adalah dengan memanaskan minyak sehingga betul-betul panas dan campakkk aiskrim goreng tadi. lepas kulit roti nak kecoklatcoklatan bolehlah angkat roti tu okayy!


Selamat Mencuba

Until we meet againnn <3 p="p">

No comments: