21 February 2012

Nenek pergi untuk selamanya.

13 Februari 2012

Hari ni tepat 11 hari nenek meninggalkan dunia dan meninggalkan saya.
13 Februari 2012 , 8.07pagi di Hospital Selayang adalah tarikhnya nenek kembali pada Maha Esa.
Kita faham sebab arwah nenek bukan hak milik mutlak saya, Dia pinjamkan arwah nenek kepada saya untuk bagi saya rasa apa itu nikmat mempunyai nenek yang penyayang, pemurah dan understanding dan macam-macam lagi. Tak puas rasanya berkenalan denga arwah nenek selama 23 tahun saya hidup dekat dunia ni.
Tapi saya redha dengan ketentuan, sebab Allah SWT lebih menyayangi nenek.

Untuk pengetahuan, saya ada menulis beberapa entry mengenai arwah nenek sejak dia mula masuk hospital sampai lah dia dah agak sembuh. Boleh lah tengok kalau nak tahu arwah nenek sakit apa.

Kisah Nenek Part 1
Kisah Nenek Part 2
Kisah Nenek Part 3
Kisah Nenek Part 4

Kisahnya, Jumaat 10 Feb 2012 arwah nenek dikejarkan ke hospital menaiki ambulans. sebab arwah nenek batuk berdarah. Doktor kata infection kuman. Sabtu nya saya dan family pergi melawat arwah nenek di hospital.

Cerita di hospital. Sejurus sampai je dekat katil arwah, dia tengah tidur. Jadi, saya tak lah kejutkan dia. Muka dia nampak berseri je walaupun tengah tidur. And tiba-tiba dia terjaga, makngah terus cakap, tengok sapa yang datang. yes it me nenek. Arwah melemparkan senyumannya. Sementara tunggu waktu melawat, saya pun sempat membasuh rambut arwah, buat suction trakea. feeding susu. Ya Allah, mana lah saya tahu itu adalah basuhan rambut, suction and feeding susu terakhir saya buat untuk dia. Selepas siap semua, saudara2 terdekat jugak datang. Sempatlah sembang-sembang. Eh kejap, sembang? arwah kan tak boleh cakap. Arwah nenek sekadar sembang melalui pergerakan mulut sahaja sebab peti suaranya ditebuk dan diganti dengan tiub trakea.

Masa sembang-sembang, arwah sempat cakap yang dia nak balik rumah kali ni naik kereta. Sebab dia taknak naik ambulans. Nanti pening kata dia lagi. Maaf sangat nenek,sebab tak dapat memenuhi permintaan sebab terpaksa menaiki van jenazah. Mintak maaf.
**diam

Selepas hampir pukul 6.30petang, saya dan family pun balik. Semasa salam tangan nenek, nenek tanya. " Kau pun balik sekali dengan umi ke ngah? " Ya Allah kenapa la saya tak terus meneman nenek masa tu,Kalaulah saya tahu. Sudah lah fateen amirah, dah takde KALAU dah! Selepas cium nenek semua, saya pun balik. Sampai di lif rasa nak masuk balik konon nak hantar air mineral dekat makngah, tapi masa tu saya tengok je nenek. Dia nampak tenang je masuk hospital kali ni. tak seperti biasa. Selalunya mesti dia rasa tak selesa, panas and nak balik je. Entahlah. setiap manusia tu ada je cara dia nak sampaikan yang dia dah nak pergi jauh, cuma kita yang tinggal ni perasan atau tak. itu je.

Hari Isnin, 13 Feb 2012 semasa dekat office, sedang sibuk buat kerja tiba-tiba Kak Zilla merangkap kakak angkat dan officemate datang dekat saya, masa tu pukul 9.30. "Fateen, akak cakap ni jangan terkejut yer, nenek dah takda" Ya Allah luluh rasa hati ni and terus peluk kakak. Kak Zilla sempat jumpa arwah nenek dekat hospital sehari sebelum nenek meninggal. Terima kasih kakak,abg Rosli, ibu dan ayah datang melawat. Setiap kali nenek sakit mesti keluarga angkat saya datang. Sebab arwah nenek pun dah anggap mereka mcm cucu dan anak angkat. Terima kasih sebab beri wheel chair ayah and ibu untuk nenek. Sangat hargai wheel chair tu.

Selepas tahu je berita mengenai nenek, saya sekeluarga terus ke Surau Kg Puah Jalan Gombak untuk menguruskan jenazah arwah nenek. Tak sangka, 13 Feb 2012 adalah hari terakhir saya memandikan nenek. tapi kali ni berbeza mandiannya. Mandian yang menggunakan Air 9. Saya redha dengan ketentuan. Sebab apa yang terjadi mesti ada sebabnya. Selesai mandi jenazah, kapan dan solat jenazah, iaitu selepas Zohor, pengebumian nenek terus dilakukan. Orang kata tak elok melambatkan pengebumian. Jadi ada jugak saudara yang tak sempat melihat dan memberi penghormatan terakhir. Maaf ya kepada sesiapa yang tidak sempat.
tak apa lah, boleh juga sedekahkan Al-Fatihah ye.

Semasa bacaan talkin adalah saat yang paling memilukan, Allah SWT aje yang tahu. Insyallah nenek, Hajjah Kamariah bt Haji Karim aman di sana amin. Tahlik diadakan 3 hari 3 malam di Surau Kg Puah, ini lah tempat saya membesar dengan nenek. kadang-kadang ikut nenek marhaban, ikut nenek mesyuarat, senang cerita mengikut je mana2 nenek pegi.

Sejak arwah atuk meninggal, nenek mula sakit-sakit. Nenek sangat terasa sebab nenek sangat sangat sangat rapat dengan arwah atuk saya. Takpelah nenek, Dugaan. Akhirnya dugaan nenek terhenti 13 Feb yang lepas. Dan, arwah nenek juga disemadikan betul2 di sebelah kubur arwah atuk. Alhamdulillah.

Arwah nenek lah tempat saya meluahkan perasaan, pantang dengar saya sakit perut ke, demam ke, selsema ke mesti  dengan pantas dia menghulurkan ubat walaupun time tu dia dah sakit sakit.  Sapa yang penah sebilik dengan saya and kawan sekelas mesti selalu je akan dengar arwah nenek call, selang 2 hari mesti je  dia call. "Buat apa tu?" "Dah makan?" Balik tak minggu ni?" Tapi dah hampir 9 bulan nenek taak boleh bercakap. Jadi hanya berbual melalui pergerakan mulut. Maaf nenek, sebab kadang-kadang tak paham apa yang nenek cuba sampaikan. Pernah nenek cuba cakap nenek dah tak lama, sambil tunjuk 3 guna jari dia. time tu terus peluk nenek. 3 ape ye? 13 hb ke? kenapa saya tak tau. Nenek jugak pernah suruh saya kemas kain batik lepas dia, bila ditanya, " Nenek nak buat apa dengan batik lepas ni nek?" dia terus diam dan suruh lipat dan kemas. Rupanya kain batik lepas tu digunakan untuk menyelimut jenazahnya. Ya Allah kalaulah saya tahu.

Selalu, bila pergi rumah arwah nenek iaitu selang 6 buah rumah dari rumah saya mesti nampak dia terbaring atas katil sambil senyum, tapi sekarang? tinggal kenangan.
Jadual Harian Nenek

Malam arwah nenek meninggal, malam tu jugak saya kemas-kemas barang-barang arwah. Sebab kalau makin tengok makin sedih. Then terus cabut Jadual Harian Nenek, gambar dekat atas ni. Ni lah jadual yang makngah buat untuk nenek hari-hari seawal 4.30 pagi hingga 12.45 malam. Makngah hebat!

Oklah, sebenarnya tak baik sedih-sedih jika ada kematian
*** peringatan untuk diri sendiri jugak.
Aman di sana nenek ku sayang
Segala kenangan akan angah ingat nenek
Terima kasih untuk segalanya.
Al-Fatihah

2 comments:

cik ain said...

Menangis kite baca .. Xpenah jumpe nenek awak tapi kite tahu nenek mesti baik. Alfatihah utk arwah nenek. Semoga aman disana (⌣́_⌣̀)

Amira said...

thanx cik ain. insyallahh. nanti kite smua jdi nenek yer,