08 August 2011

Selamat Pulang Nenek ku Nenek

As-salam,
Alhamdulillah dah seminggu kita berpuasa kan.
u all dah tinggal puasa belum tu?
harap2 penuh la bagi laki-laki , yang perempuan ada exception gituww.

Post kali ni kita nak specific untuk nenek kita.
Alhamdulillah after 75 days at HKL beliau sudah pun selamat pulang ke rumah beliau!
iaitu selang 5 rumah sahaja dari rumah kita.
ahahah, panggil-panggil nenek dari luar verandah pun boleh.

Selepas penantian selama 75 hari, nenek pun dibenarkan pulang.
Sebenarnya dah lama Dr suruh balik, tapi time nak balik je mesti mcm2 hal, hipo la, tekanan darah tinggi la, diabetic tinggi la. and sekarang alhamdulillah stabil. syukur syukur.
sekarang masalah nenek ialah bed sore dan pernafasan using trakea tube sahaja.
Sahaja? nampak mcm small matter, tapi sebenarnya banyak prosedurnya yang perlu rutin hari-hari kat rumah.
sampai kan meja makan rumah nenek penuh dengan ubat-ubat and machine.
sofa pulak penuh dengann dressing set, tisu, pampers and all that.

Kebetulan nenek balik rumah hari Ahad so ambulans tak berapa nak ada, so kelmarin gi sana sini cari ambulans. at last jumpe St John Ambulans. Thank u St John Ambulans, walaupun ambulans awak mahal tapi service awak terbaik. baek punyer ! ehem ehem, medical assistant yang hantar nenek tadi hensem . oops.

Selepas menyiapkan nenek di rumah, paklang kita terus shoot gi Melaka. Motif? ambil katil hospital. alhamdulillah ada juga hamba Allah yang sudi beri pinjam katil tersebut. Mudah-mudahan beliau murah rezeki.
memperkenalkan nama nenek kita yang ditulis oleh beliau sendiri , time ni 2009.


Tepat pukul 9malam tadi katil pun sampai dan nenek pun baring dan tido dengan bahagianya.

**Situasi cemas: Makngah suntik insulin kat nenek, tiba-tiba nenek tido je tak bangun2. rupa-rupanya nenek kata dia tido lena sebab kat hospital die tak penah tido lena. alalalla, siannye nenek.


ni planner nenek kita, kita balik Port Dickson pun dia tulis. so sweet. (MIRA BALIK PD)


oklah, sampai di sini sahaja entry kita hari ini.

Selamat Sahur

next planner nenek, kita balik Shah Alam pong die tulis, im touch
until we meet again

No comments: