02 January 2009

Makan,minum,pusing,penat,makan,penat lagi sekali,duit habes

Kejam,celik,kejam celik
Eh silap…pejam celik pejam celik jam sudah menunjukkan pukul 11malam. Kelibatnya aku baru tiba dirumah.Umi dan kakak menunggu di muka pintu.Angah ko baru balik ke? Or kau tak jumpe jalan nak balik rumah. Aku terdiam sambil kesakitan. Kesakitan kaki melanda kerana di Cineleisure Damansara tadi kaki aku terjelepok di muka pintu tandas. Gila sakit sehingga aku kelihatan seperti kangaroo ketika bersiar-siar tadi.

Today was really a long day for me.
From Gombak to Jalan Pahang,
From Jalan Pahang to Gombak,
From Gombak to Damansara,
Last but not least from Damansara to Gombak.
Hohoho,penat tahap lengkong punya.

Ke Jalan Pahang
Menemani cinta ke jalan Pahang untuk urusan menukar sim card celcom kepada sim card 3G. Pulangnya singgah ke maple menyantap roti telur dan teh ais.Kenyang di sini.

Ke Wondermilk Cup Cake ,Uptown Damansara
Aku bersama rakan,Syaz dan Ji ke destinasi pertama kitorang, Wondermilk Cuppacake Damansara. Aku telah menyantap 2 ketul cuppacake dan sandwich ayam berBBQ. Sangat sedap dan mempesonakan.Kenyang lagi disitu.

Ke The Curve
Menambahkan kepenatan kaki dari satu butik ke satu butik.

Ke Ikea
Menjelajah ke segenap pelusuk jenis hiasan perabot rumah. Kemudian makan seketol karipap bersama air berkarbonat perisa strawberi.Kenyang lagi disitu.

Ke Ikano Power Centre
Menambahkan kepenatan kaki serta membaik pulih kepenatan kaki sambil berehat di kaki lima.

Ke Rasta,TTDI
Mengisi perut yang sudah kenyang tapi terasa nak makan lagi. Time ni jugak terjumpa Amir sahabat lama.Beliau telah membelanja tauhu bakar.Thats just marvelous..Kenyang lagi di situ.


Blog ini akan diupdate setelah gambar ketika kami bersiar-siar di naikmasuk (upload) oleh Syaz. Harap maklum. Under Construction.

Footnote: Aku harap gambar dari kamu akan dinaikmasuk secepat mungkin ya.

No comments: