11 March 2012

Food Galore - The Cabins, Taman Melawati

hye di sana di situ di sinun dan di mana jua anda berada
Apa polah kitak?
Eh kelaka sarawak pulak.
motif cakap sarawak? rindu kek lapis.

ok straight then jangan belok belok to the point, entry kali ni kita nak review food yang boleh diperolehi di The Cabin, Taman Melawati. Actually concept the cabin ni diilhamkan  seperti restaurant and cafe dalam kontena mcm dekat oversea sana. so first time la kita jumpa konsep ni. tak tahu la kalau ada kat tempat lain. Sebenarnya The Cabin ni owns by my aunty and her friends, joint venture la ni kiranya. And her friend tu pulak cousin kawan kita. Eh, what a small world kan, okay tak penting.

The Cabin terletak betul-betul belakang Sakura Kristal sebelum Giant Ulu Klang sana. sebelah kedai ni ada kawasan lapang tempat main paintball. Agak tersorok jugak la, tapi still boleh cari. Cabin ni dibuka setiap hari kecuali Isnin. and operation hours is from 5pm until 2 am. soon diorang planning nak bukak for breakfast.

pic from google
kalau boleh tengak and tenung, gambar di atas ni time waktu petang. nice kan?
pic from google
gambar di atas ni pulak waktu malam. konsep open air, and dekat atas kitchen pon ada seat ala-ala mekdi gitu.

cool kan seat dia?

view dari kontena atas
 presenting Pak Herman, duta The Cabin. acah mak enon je.. hihihih

Seterusnya mari kita layan apa ada apa ada dekat The Cabin ni.
Meal set di atas ni nama dia, Beef burger set, apa yang special ialah patty beef dia. ala-ala burger bakar, senang cerita homemade la. and besar jugak daging dia. nampak tak ada bendera Sarawak? tu la motif kita kelaka (cakap) Sarawak. heheh. set ni boyfriend kita yang order.
 Set atas ni chicken chop. Ayam dia sangat juicy and besarrrr punya. nyummeyh. memang puas hati, tapi kalau ada chip lagi sedapp! gravy dia ialah blackpepper. nyummmm :)
 Set di atas ialah Rosti, for ur information, Rosti ni makanan orang Switzerland, basically dalam ni ada shredded potato, butter, cheese. and saya bg 4 star utk ini! sebab sedap mcm makan pizza! and harga pun murah!
 oh ini pulak set beef burger jugak yang diorder oleh Herman, tapi can u spot the difference?? hahaha, bendera Herman ialah bendera Wilayah. cutting cutting orang KL ye , heheheh.
 nampak tak nampak tak bendera satu lagi?? Papang punye bendera ialah bendera Malaysiaa tanah airku! Tahniah sebab dapat kerakyatan Malaysia. hahaha

Next visit kita nak teraiiiii nasi lemak pulak! anyonee??

okaylah, sampai di sini sahaja rancangan Tepuk Perut Tanya Selera kita.
Sehingga berjumpa lagii
Until we meet again
XO


10 March 2012

Food Galore - Burger Bakar Kaw Kaw

Happy Sabtuday everybody.
Bertemu kembali kita di blog Cik Amira Salim dalam sesi ahli bina badan sambil Tepuk Perut Tanya Selera.
Entry kali ni kita nak review mengenai, mengenai ye, ayat skema datang lagi. Burger Bakar Kaw-Kaw, haaaaaaaaaaaaaa kau ada?

Okay,
stall burger ni terletak betul-betul depan Restoren BRJ Wangsa Maju. Tau tak? kat seksyen 2 sana tu, dekat je dengan cybercafe Orange tu. Kalau lalu sini mesti lah jem sangat. taktau lah kenapa. kiri kereta kanan kereta. dari atas bukit sana tu sampai la ke bawah BRJ jemnya orang parking kan.

berikut, yakni gambar di atas adalah senarai harga burger yang boleh diperolehi di sini. kalau nak untung ambil set skali dengan sparkling juice with pudina, burger itself and also sosej 2 ketoi. memang berbaloi.

71 ye nombor diberi, iaitu pada pukul 8.45 malam. dannnnnnnnn setelah 2 jam kemudiannya barulah kita dapat menikmati burger tersebut yakni pada pukul 10.45 malam tepat! ini tak tipu, i waited about 2 hoursss. oh ini memang boleh mendatangkan meja terbalik. oleh itu, sebelum meja terbalik kita telah ke BRJ untuk menikmati nasi lemak ayam. pun bolehhh. selepas dah makan nasi lemak pon kena tunggu lagi setengah jam. sabar Fateen sabar. 

*flash dari hp saya membuatkan burger nampak sedap 
 sebenarnya sosej ada 2 ! tapi kita dah makan baru teringat nak snap pictureeeee nyee dong. oh kalau perasan sepertinya rotinya telah dicubit. dicubit oleh pemiliknya sendiri iaitu saya sendiri akibat mengamuk kelaparan.oh ye nama burger ni Burger Kahwin sebab campur chicken and beef. sapa penggemar beef harus try! beef dia snagat piawwww and paduu, terbaik! ayam biasa je.
oh lihat di sana! ayamnya seperti terkeluar dan semakin senget, burger semakin hendak runtuh! cepatan makan dong. dapat je burger semua orang pon diam je. om nom nom nom nom. haruslah lapar ,2 jam kot. haishh. memang adat kat sini kena tunggu 2jam orang kata, kiranya mcm perjalanan nak pergi Port Dickson la lamanya.

gambaq ni dr syaz :)
 inilah hasil rampasan kitorang! yeayyy! om nom nom nom.
gambar ni kita ambil dekat google sebab kita teruja tengok tower ni. Tower ni jugak boleh didapati di stall burger ini.
kesimpulannya, siapa nak makan dekat sini harus tanamkan sikap
SABAR - menunggu burger
TOLERANSI - beratur jangan potong line
KOMITED - tak beratur setengah jalan dan tiba-tiba give up
BERTANGGUNGJAWAB - untuk bayar bil!

 meet my own Najwa, hahahah, thanx syazzyyy for the treat. me likey likey
ni sapa nak bayar? ;p


until we meet again :)

Food Galore - Shihlin Taiwan Street

Ayam??
Lompat
Ayam??
Lompat
ooh-laa-laa

Fateen Amirah memang sensitif dengan ayam sebab beliau pengemar tegar ayam.
pernah dengar Uncle Bob?
pernah dnegan ayam goreng taiwan?
inilah dia
sama je
rasa je lainnn! hihihi
FYI, ayam goreng besar yang agak pertama ada dekat Malaysia inilah dia, Shihlin Taiwan Street.
Biasanya ayam dipotong dadu kan, tp kt sini diorang akan potong 2 je. So lebih melayan menikmati sambil kawan sebelah jeling-jeling hint nak sikit.


Peminat ayam di luar sana dah try ke?
Harus try okay
Dijamin addicted.
Lokasi kedai ni dah banyak, tapi kali ni kita pergi dekat KL Festival Mall.

okay memperkenalkan ayam-ayam saya, eh silap. peminat ayam. jangan marah okeh.
oklah until we meet again

Food Galore - Kitchen Creatures

Hai
Bertemu lagi dengan saya yang bernama Meriah dalam rancangannnnnn......................... Jalan-jalan tepuk perut. #EhYeke?, salah tu adik-adik. rancangannnnnn Tepuk Dada Tanya Selera. curlast kau Meriah.

Entry kali ni, akak nak review western food.

Apa yang kita suke pasal western food ini ialah kita suke western food. fullstop. dah suka so nak buat mcm mana kan? 
Restaurant yang berkonsepkan casual western dining sangat simple and sesuai untuk chitchat katanya lagi. Sesuai jugak kalau nak buat reunion. Okay sila scroll untuk keterangan lanjut.

 Kitchen Creatures nama di beri and more to casual western dining. Haaaa tengokk ajelah mulut colour merah tu dah menggambarkan bahawasanya sesiapa yang lapar je dialu-alukan ke sini.Lapar tak sekarang?
 okay tengok tu, decoration dalam restaurants ini jugakk coolio, kiri kanan pun ada gambar ala-ala polaroid. kan?
ok, above is the menu which has a tonne of craving pictures, and it is much more easier for us to just choose from the pictures here. and of course laa all those pic looks nice but the taste? jum layan
 ok pic above is my dish. Grilled Chicken and it only cost u for RM13.
 next, wild mushroom soup cost of RM 5.80. give it a try as a starter. its nyummy
 above, ceasar salad with prawn! can anyone find the prawn?? its in ourrr buncit tummy lah. hahahhaha
 pic above is Salmon. oooohh-laaa-laaa the taste of the wish make me wanna swim. its really nice. but im not into fish so its taste okay la.
PIZZA! but im not sure what its name :( but it taste good. and the food portion quite huge.
the last but not leasttt, spagheti aglio olio with shrimp! oh i love this! +1 +1



 AND here you are my lovely girlfriend, thanx for the treat! and of course uncle and aunty and all.
And dont forget to have a visit then

Kitchen Creatures
Lot F110, Centrepoint
3 Lebuh Bandar Utama
47800 Petaling Jaya
Tel/Fax : 603-7729 8039


until we meet again :)

21 February 2012

Nenek pergi untuk selamanya.

13 Februari 2012

Hari ni tepat 11 hari nenek meninggalkan dunia dan meninggalkan saya.
13 Februari 2012 , 8.07pagi di Hospital Selayang adalah tarikhnya nenek kembali pada Maha Esa.
Kita faham sebab arwah nenek bukan hak milik mutlak saya, Dia pinjamkan arwah nenek kepada saya untuk bagi saya rasa apa itu nikmat mempunyai nenek yang penyayang, pemurah dan understanding dan macam-macam lagi. Tak puas rasanya berkenalan denga arwah nenek selama 23 tahun saya hidup dekat dunia ni.
Tapi saya redha dengan ketentuan, sebab Allah SWT lebih menyayangi nenek.

Untuk pengetahuan, saya ada menulis beberapa entry mengenai arwah nenek sejak dia mula masuk hospital sampai lah dia dah agak sembuh. Boleh lah tengok kalau nak tahu arwah nenek sakit apa.

Kisah Nenek Part 1
Kisah Nenek Part 2
Kisah Nenek Part 3
Kisah Nenek Part 4

Kisahnya, Jumaat 10 Feb 2012 arwah nenek dikejarkan ke hospital menaiki ambulans. sebab arwah nenek batuk berdarah. Doktor kata infection kuman. Sabtu nya saya dan family pergi melawat arwah nenek di hospital.

Cerita di hospital. Sejurus sampai je dekat katil arwah, dia tengah tidur. Jadi, saya tak lah kejutkan dia. Muka dia nampak berseri je walaupun tengah tidur. And tiba-tiba dia terjaga, makngah terus cakap, tengok sapa yang datang. yes it me nenek. Arwah melemparkan senyumannya. Sementara tunggu waktu melawat, saya pun sempat membasuh rambut arwah, buat suction trakea. feeding susu. Ya Allah, mana lah saya tahu itu adalah basuhan rambut, suction and feeding susu terakhir saya buat untuk dia. Selepas siap semua, saudara2 terdekat jugak datang. Sempatlah sembang-sembang. Eh kejap, sembang? arwah kan tak boleh cakap. Arwah nenek sekadar sembang melalui pergerakan mulut sahaja sebab peti suaranya ditebuk dan diganti dengan tiub trakea.

Masa sembang-sembang, arwah sempat cakap yang dia nak balik rumah kali ni naik kereta. Sebab dia taknak naik ambulans. Nanti pening kata dia lagi. Maaf sangat nenek,sebab tak dapat memenuhi permintaan sebab terpaksa menaiki van jenazah. Mintak maaf.
**diam

Selepas hampir pukul 6.30petang, saya dan family pun balik. Semasa salam tangan nenek, nenek tanya. " Kau pun balik sekali dengan umi ke ngah? " Ya Allah kenapa la saya tak terus meneman nenek masa tu,Kalaulah saya tahu. Sudah lah fateen amirah, dah takde KALAU dah! Selepas cium nenek semua, saya pun balik. Sampai di lif rasa nak masuk balik konon nak hantar air mineral dekat makngah, tapi masa tu saya tengok je nenek. Dia nampak tenang je masuk hospital kali ni. tak seperti biasa. Selalunya mesti dia rasa tak selesa, panas and nak balik je. Entahlah. setiap manusia tu ada je cara dia nak sampaikan yang dia dah nak pergi jauh, cuma kita yang tinggal ni perasan atau tak. itu je.

Hari Isnin, 13 Feb 2012 semasa dekat office, sedang sibuk buat kerja tiba-tiba Kak Zilla merangkap kakak angkat dan officemate datang dekat saya, masa tu pukul 9.30. "Fateen, akak cakap ni jangan terkejut yer, nenek dah takda" Ya Allah luluh rasa hati ni and terus peluk kakak. Kak Zilla sempat jumpa arwah nenek dekat hospital sehari sebelum nenek meninggal. Terima kasih kakak,abg Rosli, ibu dan ayah datang melawat. Setiap kali nenek sakit mesti keluarga angkat saya datang. Sebab arwah nenek pun dah anggap mereka mcm cucu dan anak angkat. Terima kasih sebab beri wheel chair ayah and ibu untuk nenek. Sangat hargai wheel chair tu.

Selepas tahu je berita mengenai nenek, saya sekeluarga terus ke Surau Kg Puah Jalan Gombak untuk menguruskan jenazah arwah nenek. Tak sangka, 13 Feb 2012 adalah hari terakhir saya memandikan nenek. tapi kali ni berbeza mandiannya. Mandian yang menggunakan Air 9. Saya redha dengan ketentuan. Sebab apa yang terjadi mesti ada sebabnya. Selesai mandi jenazah, kapan dan solat jenazah, iaitu selepas Zohor, pengebumian nenek terus dilakukan. Orang kata tak elok melambatkan pengebumian. Jadi ada jugak saudara yang tak sempat melihat dan memberi penghormatan terakhir. Maaf ya kepada sesiapa yang tidak sempat.
tak apa lah, boleh juga sedekahkan Al-Fatihah ye.

Semasa bacaan talkin adalah saat yang paling memilukan, Allah SWT aje yang tahu. Insyallah nenek, Hajjah Kamariah bt Haji Karim aman di sana amin. Tahlik diadakan 3 hari 3 malam di Surau Kg Puah, ini lah tempat saya membesar dengan nenek. kadang-kadang ikut nenek marhaban, ikut nenek mesyuarat, senang cerita mengikut je mana2 nenek pegi.

Sejak arwah atuk meninggal, nenek mula sakit-sakit. Nenek sangat terasa sebab nenek sangat sangat sangat rapat dengan arwah atuk saya. Takpelah nenek, Dugaan. Akhirnya dugaan nenek terhenti 13 Feb yang lepas. Dan, arwah nenek juga disemadikan betul2 di sebelah kubur arwah atuk. Alhamdulillah.

Arwah nenek lah tempat saya meluahkan perasaan, pantang dengar saya sakit perut ke, demam ke, selsema ke mesti  dengan pantas dia menghulurkan ubat walaupun time tu dia dah sakit sakit.  Sapa yang penah sebilik dengan saya and kawan sekelas mesti selalu je akan dengar arwah nenek call, selang 2 hari mesti je  dia call. "Buat apa tu?" "Dah makan?" Balik tak minggu ni?" Tapi dah hampir 9 bulan nenek taak boleh bercakap. Jadi hanya berbual melalui pergerakan mulut. Maaf nenek, sebab kadang-kadang tak paham apa yang nenek cuba sampaikan. Pernah nenek cuba cakap nenek dah tak lama, sambil tunjuk 3 guna jari dia. time tu terus peluk nenek. 3 ape ye? 13 hb ke? kenapa saya tak tau. Nenek jugak pernah suruh saya kemas kain batik lepas dia, bila ditanya, " Nenek nak buat apa dengan batik lepas ni nek?" dia terus diam dan suruh lipat dan kemas. Rupanya kain batik lepas tu digunakan untuk menyelimut jenazahnya. Ya Allah kalaulah saya tahu.

Selalu, bila pergi rumah arwah nenek iaitu selang 6 buah rumah dari rumah saya mesti nampak dia terbaring atas katil sambil senyum, tapi sekarang? tinggal kenangan.
Jadual Harian Nenek

Malam arwah nenek meninggal, malam tu jugak saya kemas-kemas barang-barang arwah. Sebab kalau makin tengok makin sedih. Then terus cabut Jadual Harian Nenek, gambar dekat atas ni. Ni lah jadual yang makngah buat untuk nenek hari-hari seawal 4.30 pagi hingga 12.45 malam. Makngah hebat!

Oklah, sebenarnya tak baik sedih-sedih jika ada kematian
*** peringatan untuk diri sendiri jugak.
Aman di sana nenek ku sayang
Segala kenangan akan angah ingat nenek
Terima kasih untuk segalanya.
Al-Fatihah

05 February 2012

Luge @ Sentosa

what  for today reading?
dropping by my blog?
read this people.

its been an ages i didnt visiting Singapore. then suddenly fren of mine ajak, so apa lagi, laju je lah kan. we went for Sentosa. oh kalau pegi sini perlulah makan masa berhari2, so we decided to go for Luge.





 At the first place, i really dont have any idea about this type of games tau, then after luging myself then auwwww. awesomeee one people.. oh btw luge ni pon listed in Olympic okay.
gambaq ihsan from Google, tak beli pon gambar when i was riding this luge, mahai bak hang.
excited lah kan. pakai topi bagai


basically luge ni mcm go kart, the different is we only pull the handle to move and the best part was the luge ride goes downhill. seram tauuuu. kiri kanan bergaung. acewah. tinggi jugak la.
after luging then kitorang kena naik skyrideee, weeehoooo..


oh this is awesomee okay, feeling feeling mcm kat oversea, konon lepas naik skyride ni nak lompat main ice ski! hahahha. ini kelaka. it only cost u SGD 12 for a ride! macam nak naik lagiii, oh pliz ajak sayaaaa.
ok thanx bye.


eh kejap, after luging actually kitorang singgah lah pantai , pantai die cinonet je, so kitorang pon snap snap pic jer lah kan.





until we meet again

Internship itu apa? Apa itu internship?

Salam.
Hye bertemu kembali dengan saya si pemalas tulis blog, tapi suka minum Cool Blog. nyummeyh.
today entry kita nak cakap pasal internship atau dalam bahasa Melayu ialah latihan amali slash praktikal.
Tanggal 1 Februari 2012 kita telah menjalani latihan amali yakni selama 6bulan? quite a number kan? semoga semuanya berjalan lancar.

Untuk pengetahuan, pengetahuan sahaja eh, kita menjalankan internship dekat nuu haa Taman Samudera sana. dekat aje dengan rumah kita. Company kita pulak namanya Salihin Consulting Group. Company ni macam biasa punya audit firm la, ada audit, akaun,tax and secretary. So setelah process placement, kita di tempatkan dekat Audit Department. memang department ni yang kita dambakan walaupun kita tahu department ni paling busy,takde life,hectic, semua laa yang penat-penat,busy-busy memang terletak dekat department ni. Tapi kita sukaaaaaaaaaa.

Company ni tak ramai ambil practical trainee. its only about 9 students je. And team audit kita 5 orang iaitu 2orang foreigner and 3 org local. oh btw, company ni sangat open ambil foreigner. sangat majmuk gitu okay. ada 1 from Sri Lanka, 1 from Yamen, 1 from Vietnam, 1 from Saudi and 1 from area mana ntah tapi ala2 Akon gak la. and diorang semua sgt best and friendly.

Kita kagum dengan facilities provided by this company, tak tahu la kenapa. Tambahan lagi, firm ni diusahakan oleh orang Melayu sendiri iaitu Encik Salihin sendiri. Oh kita rasa beliau sangat hardworking untuk capai matlamat yang beliau impikan sehingga sehebat ini. amboi ayat melampau. *peningBuatAyat*

Lot office ni ada 4 tingkat. pantry pon banyak, which i like the most. sebab senang nak makan minum. toilet pun every floor, library pun ada sebab En Salihin suka membaca. eh samalah dengan kita. *silabuatmukapercaya*

selain itu juga, *ayatEseiSPM* setiap jumaat waktu pagi akan di adakan bacaan Yassin. Semua staff akan terlibat and the most exciting part is lepas itu ada breakfastt, can u imagine every Friday saya akan makan mcm2. ohh noo. tergolekgolek diet ku. *harapan* pooodahh
oh gambar bawah ni dekat level ground floor, tempat kita lepak pagi2 tengok berita dengan baca newspaper. *katanyalagi* 


okaylah, sampai di sini sahaja entry kita. nanti kita cerita update internship ni ok. jangan terkejut kalau nanti kita upload gambar2 kita mata macam panda pulak k.motiff?? *penat*


Until we meet again
XOXO