10 March 2012

Food Galore - Burger Bakar Kaw Kaw

Happy Sabtuday everybody.
Bertemu kembali kita di blog Cik Amira Salim dalam sesi ahli bina badan sambil Tepuk Perut Tanya Selera.
Entry kali ni kita nak review mengenai, mengenai ye, ayat skema datang lagi. Burger Bakar Kaw-Kaw, haaaaaaaaaaaaaa kau ada?

Okay,
stall burger ni terletak betul-betul depan Restoren BRJ Wangsa Maju. Tau tak? kat seksyen 2 sana tu, dekat je dengan cybercafe Orange tu. Kalau lalu sini mesti lah jem sangat. taktau lah kenapa. kiri kereta kanan kereta. dari atas bukit sana tu sampai la ke bawah BRJ jemnya orang parking kan.

berikut, yakni gambar di atas adalah senarai harga burger yang boleh diperolehi di sini. kalau nak untung ambil set skali dengan sparkling juice with pudina, burger itself and also sosej 2 ketoi. memang berbaloi.

71 ye nombor diberi, iaitu pada pukul 8.45 malam. dannnnnnnnn setelah 2 jam kemudiannya barulah kita dapat menikmati burger tersebut yakni pada pukul 10.45 malam tepat! ini tak tipu, i waited about 2 hoursss. oh ini memang boleh mendatangkan meja terbalik. oleh itu, sebelum meja terbalik kita telah ke BRJ untuk menikmati nasi lemak ayam. pun bolehhh. selepas dah makan nasi lemak pon kena tunggu lagi setengah jam. sabar Fateen sabar. 

*flash dari hp saya membuatkan burger nampak sedap 
 sebenarnya sosej ada 2 ! tapi kita dah makan baru teringat nak snap pictureeeee nyee dong. oh kalau perasan sepertinya rotinya telah dicubit. dicubit oleh pemiliknya sendiri iaitu saya sendiri akibat mengamuk kelaparan.oh ye nama burger ni Burger Kahwin sebab campur chicken and beef. sapa penggemar beef harus try! beef dia snagat piawwww and paduu, terbaik! ayam biasa je.
oh lihat di sana! ayamnya seperti terkeluar dan semakin senget, burger semakin hendak runtuh! cepatan makan dong. dapat je burger semua orang pon diam je. om nom nom nom nom. haruslah lapar ,2 jam kot. haishh. memang adat kat sini kena tunggu 2jam orang kata, kiranya mcm perjalanan nak pergi Port Dickson la lamanya.

gambaq ni dr syaz :)
 inilah hasil rampasan kitorang! yeayyy! om nom nom nom.
gambar ni kita ambil dekat google sebab kita teruja tengok tower ni. Tower ni jugak boleh didapati di stall burger ini.
kesimpulannya, siapa nak makan dekat sini harus tanamkan sikap
SABAR - menunggu burger
TOLERANSI - beratur jangan potong line
KOMITED - tak beratur setengah jalan dan tiba-tiba give up
BERTANGGUNGJAWAB - untuk bayar bil!

 meet my own Najwa, hahahah, thanx syazzyyy for the treat. me likey likey
ni sapa nak bayar? ;p


until we meet again :)

2 comments:

cik ain said...

Hape benda yg sampai 30hengget tu gffff????????

Amira said...

hahaha, tu herge utk 2 set la lalinggggg