25 April 2012

Life as an Audit Trainee

Hye semua!~
Dah nak dekat satu dua tiga minggu kita tak update blog ni. Dah berlumut tak ni? ke dah beranai-anai ? 
Lately agak busy, motif? komitmen kerja. eh sudahlah Fateen Amirah, komitmen ape benda ni , praktikal je kot. *itulahmentalityyangperludibuangjauhjauh* walaupun praktikal TETAPI mesti ada komitmen, dedikasi and bertanggungjawab. ha, kau ni dah kenapa macam bagus sangat kan. eh tak kesah lah.

Kita praktikal ni sebagai Trainee . Trainee bahagian Audit. Bila cakap audit semua orang pun akan tak suka. Kita nak cerita pengalaman kita audit dekat Sarawak. Company apa? mana boleh bagitahu. P&C tau. nanti boleh mendatangkan bias. Kita ni macam bersemangat waja sangat buat working paper bagai , lepas tu pulak kena jumpa dengan ketua-ketua bahagian kat sana, kita baru je perkenalkan diri, 

"Hye saya Fateen dari XXX Firm nak jumpa untuk audit" Lepas tu kan, semua orang pun like mcm mengelabah. "Eh, Cik Fateen nak jumpa Encik ABC, duduk duduk" dalam hati kita diorang ni semua mesti tak suka kita. Kadang-kadang tu ada yang macam tak nak jumpa kita sebab nanti mesti kita tanya and mintak macam-macam dokumen. Masalahnya sekarang ialah kerja kita memang camtu. By the way job scope kita untuk internship ni more to prepare working paper. So kalau dah account tu banyak tak complete memang panjang lebar lah kita interview person in charge tu. Jangan benci-benci kita tau.

Kalau dah kerja dekat audit firm memang akan travel lah sentiasa. lagi-lagi sekarang peak period. Peak Period untuk audit firm adalah pada bulan Jan - Julai. So memang ngam-ngam soi la kita masuk peak period ni. Memang ngam-ngam la kita dapat kerja banyak
Memang ngam-ngam la kita selalu balik lambat
Memang ngam-ngam la tak banyak weekend yang kita boleh guna untuk enjoy
Memang ngam-ngam kesemuanya
TATAPI kita suka! kite nak reverse psychology sikit, kita cuba untuk suka and anggap ini sebagai valuable experience. and guess what? KITA MEMANG SUKA *Ikhlas*

Kita jugak dapat travel free of charge. Pergi negeri sini pergi negeri sana. Paling jauh sekali Sarawak la, idak la sampai ke luar negara sana kan. Cuma aritu masa kerja kat Johor tu kita TERPERGI Singapore. EH? TERPERGI ke? hahahah. Tapi yang penting senior senior kat office kita tak lokek ilmu. Diorang ni kan tak jemu jemu jawab soalan kita. Kesian diorang suma.


Dah lebih kurang tiga minggu kita keluar masuk hotel sini hotel sana. Bila dapat balik rumah tu rasa lain je. tapi yang penting bila travel semua full support, kita suka kita suka ! ahhahaha.okaylah, sudah cukup sudah. cukup sampai di sini saja. eh mcm lagu kan? yup! memang pun. lagu Nirwana - Sudah Cukup Sudah. dengar la. best tau.



1 comment:

uniefa abkhwurd said...

bestnyer... so mmg hrus rjin btye la kn?