Ini aku. Gambar ini telah menggambarkan aku sedang menderma sebeg darah aku. Walaupun gambar menunjukkan aku menutup muka aku dengan tangan,bukan lah tandanya aku takut. Cuma a little bit scary, freaky, damn cuak. Sama ke maksud dia dengan takut. Tak penting disitu.
Aku telah mengikuti program yang telah dianjurkan oleh Perwakilan Pelajar Politeknik Port Dickson untuk menderma darah.Pada mulanya aku tidak berhasrat untuk menderma.Tapi setelah dipujuk oleh teman baikku Shahir aku memulakan langkah aku.
Pertamanya aku mengambil sarapan pagi yang telah disediakan iaitu karipap dan air Nescafe sebagai lapikan perut aku.
Keduanya aku ke kaunter untuk menimbang berat badan aku yang agak berat ini.Berat aku lulus untuk menderma darah.
Ketiga aku melengkapkan borang yang telah disediakan. Keempat aku ke kaunter untuk mengenalpasti jenisnya darah aku. Darah aku adalah jenis ‘O’. Darah ini boleh didermakan kepada semua orang tetapi kepada aku, jika memerlukan darah mestilah diambil dari jenis darah ‘O’ juga.
Kelimanya aku ke kaunter untuk mengira ketinggian darah aku.Tangan aku dipam-pam.Ketinggian darah aku lulus untuk derma darah. Dan keputusan diperolehi,aku boleh menderma 3 beg darah. Aku ulangi 3 beg darah.Totalnya 1liter. Bayangkan lah. Aku pada mulanya menjangkakan darah yang diderma hanya sebotol kecil.Perasaan nervous mula datang.
Seterusnya aku ke bilik pendermaan.Aku hanya baring di atas katil kot nama dia.Pada masa ini juga ada sekumpulan lelaki yang tidak tahu dari mana asal usulnya mencuba untuk menakutkan aku.Perlu ke? Penting ke? Salah masanya.Aku hanya memberanikan diri yang sedang takut.Nurse mula mengepam menggunakan alat tekanan darah untuk tidak membiarkan aku sakit ketika disuntik.Apabila sudah pam, jarum mula dicucuk.Jarum?Besarnya? Bapak punya besar.Sebesar 2kali lidi sate.Aku takut.Lalu menutup mata.Selesai sahaja,rupanya tidaklah sakit yang seperti aku tafsirkan.Darah yang didermakan sebenarnya hanyalah 1 beg sahaja kerana factor masih pelajar dan dibawah jagaan ibubapa.
Selesai menderma darah,aku diberi sijil penghargaan oleh Hospital Seremban.Bangga disitu.Istimewa derma darah ialah darah yang didermakan akan dicatat didalam sebuah buku kecil berwarna merah.Dan penderma akan mendapat rawatan percuma mengikut kekerapan menderma darah.Ingatlah setitis darah yang kita dermakan akan menyelamatkan satu nyawa.Make sense ke?ni mcm perumpamaan sahaja.Dermalah Darah eh.
1 comment:
hahaha,,aku xpernah darah lagi.. hahaha
Post a Comment