Aku ada kawan. Nama dia Mohammad Aliff bin Yatim. Aku berikrar kat sini aku kawan dengan dia sampai mati. Aku sangat suka kawan dengan dia. Aku mula kenal dengan dia since Form 1. Dia kawan baik aku, kawan jahat aku, kawan gila aku, kawan gossip aku, kawan aku paling best.Aku tak tahu kenapa suka kawan dengan dia and the best part is girlfriend beliau tidak kisah jika aku rapat dengan beliau. Ini adalah kerana kami adalah ‘soul mate’ dan tidak lebih dari itu.Selamanya..
Aku selalu juga keluar melepak bersama beliau. Selepas tamat SPM tahun 2005, aku berkerja di Lot10, Aleep pula bekerja di bangunan bersebelahan di Sungai Wang.Jadi bila waktu balik aku selalu balik sama beliau.Tidak perlu takut kerana beliaulah hero ketika itu.Seven Eleven sebelah Mcd Bukit Bintang tu lah tempat kitorang menghabiskan masa untuk menunggu bas.Pernah sekali bus tidak kunjung tiba dan jam menunjukkan pukul 1.Cuak tak cuak la.Nasib baik aleep ada sebagai hero, tapi hero sebenar malam itu ialah Syahmer kerana ayah Syahmer telah berusaha mengambil kitorang.Ahahah..
Aku pernah ke BB Plaza bersama Aleep untuk ke sebuah butik di sana untuk membeli selipar hijau Ripcurl. Berlagak nampaknya aku disitu. Hanya sebagai pemberitahuan saja.Bukan berlagak. Aku juga pernah ke KLCC untuk bertemu Aleep untuk melepet di Taman KLCC bersama teman-teman lain. Aku pernah ke KLIA bersama Aleep untuk menghantar rakan ke Mesir. Kalau aku berjalan bersama Aleep, selalu sahaja beliau mahu meminjam dan membuat beg/handbag aku seperti hartanya. Beliau mengatakan bahawa bag aku cantek.Agak perasan disitu, tapi benar.Tak caya tanya Aleep eh.Kalau ke mamak tak payah cakap lah.Pernah aku lepak bersama Aleep di mamak selama hampir 4 jam.Buang masa,bual kosong,dan roti canai.
Umi aku juga kenal Aleep. Sebelum kami masuk ke university Aleep selalu suka berjogging di Taman Tasik Seri Gombak. Selepas beliau penat beliau akan datang ke rumah aku melepak dan hilangkan penat. Pernah juga Umi aku hidangkan Beef Burger Mcd kepada beliau untuk santapan setelah penat berjogging.Umi aku suka akan beliau. Beliau peramah,baik hati,hormat orang tua.Alamak ter puji beliau pulak.Harap beliau tidak lupa diri setelah dipuji.
Sekarang Aleep melanjutkan pelajarannya di UITM Shah Alam dalam bidang Art and Design. Beliau sekarang ini sangat sibuk membawa Kamera NIKON SLR beliau ke utara dan selatan untuk dijadikan kenangan.Aku juga pernah terasa seperti artis kerana semasa pernah di KLIA dulu beliau telah menggunakan kamera itu untuk menangkap foto aku setiap minit.Haih..
Last but not least,aku bersedih akan teringat Aleep, aku gembira juga akan teringat Aleep. Aku juga sentiasa meletakkan Aleep sebagai top friend aku di Myspace aku. And the best thing he knew it. Thanx Aleep for being a really good friend.
No comments:
Post a Comment