31 December 2008

Goodbye 2008, welcome 2009.

Well goodbye to 2008, hello 2009.. and I asked u.. What year are u in??

Januari( Freaky Month)

First of all.. kita mulakan dengan bacaan Al-Fatihah.. doa makan juga boleh sebab sekarang aku sedang makan sambil menulis blog yang tibe2 aku rajin hendak update ini.

It was a really freaky month becoz it was my first time doin job training at Accounting firm. Normally the busiest month for Accounting Firm are from January until June. Ini adalah disebabkan semua syarikat dalam Malaysia ni gatal sangat nak tutup akaun end of year which is December. So, terpaksa menyesuaikan diri walaupun terasa diri ini seperti sangat terasing asing asing dalam bidang perakaunan ni. (sambil menyanyikan lagu Perpisahan Terasing by Sudirman). Diri ini baru berusia 19tahun ketika ini dan terpaksa menghabiskan masa belasan tahun di Accounting Firm ini.

Februari (Glittering Month)

Proses menyesuaikan diri bekerja di Accounting Firm berjalan dengan lancar tetapi kadang-kadang tersekat disebabkan oleh traffic jem sebab account-account company banyak giler babeng punya nk settlekan. As we all know 14February is Valentines Day so mcm sume orang busy gile nak pikir beli hadiah ape. Eh come on la weh, tak payah la nk celeb mende2 tuh.. Florist kat bawah floor aku ni plak sebok promote bunga la, bear la.. sebatang ros RM7.. hey RM7 tu tak sama la dengan chenta aku kat seseorang.hahaha.bajet pulak aku disitu.ok lets move on …

March(Happy Birthday to me)

Happy Birthday to me, happy Birthday to me, happy birthday to me…lalalalalalalal

Its my birthday..mcm biasa apabila jarum di dalam jam iaitu jarum pendek dan jarum panjang mengarahkan batangnya ke pukul12 maka aku akan menunggu kawan2,ranger2 aku wish birthday. This year almost 25 people yang wish.. agak sikit angka jika mengikut norma ketika di bangku sekolah dahulu.

My college friends Enab n Sue membuat satu surprised party dimana mereka membawa aku ke Sunway Pyramid bermain ice skating (4 round 4 kali jatuh atas ais) dan seterusnya membeli kek yang sangat sedap di Bread Story Sunway. Hohoh.. toche toche.. trimas..really appreciate it..

April (Buffalofool)

Nothing interesting.. mungkin saat paling menakutkan apabila aku ditugaskan ke bank membuat cash out RM3000..dan pada masa itu jugalah KL hendak banjir..ini adalah kerana Hujan yang melimpah.lalu aku tersangkut di Jalan Pekeliling dan aku dikelilingi oleh lautan manusia di tepi sungai yang banjir. Sungai pertemuan antara sungai Gombak dan Sungai Klang. Haih.

MayDiligent)

Memang memang memang aku sangat rajin di pejabat,walaupun aku hanya seorang pelajar praktikal di Accounting Firm tersebut. Sehinggakan aku menggunakan Crack Cream kerana kulit tapak kaki ku menjadi pecahan-pecahan tidak wajar akibat daripada gigitan carpet di pejabatku. Gagahkan diri, aku pulang dengan pecahan kaki itu lalu umi aku bertanya dengan kagetnya, mira kenapa aja la kaki kau seperti digigit.. jawabku carpet mengigit ku..lapar sangat kot.. Moral of this Story sila pakai kasut ketika di pejabat.

Pada May juga aku bersama keluarga ke Cherating and Terengganu for vacation. Excited becoz it was my first time visiting Terengganu. Di Terengganu aku check in yang hotelnya dipanggil Awana Kijal. Where as di Kemaman aku check in yang hotelnya dipanggil Impiana Cherating. Di Terengganu aku telah mengikuti satu programme named Oh Lepaskan Penyu. Aku telah melepaskan seekor anak penyu and sangat best masa itu. The best part is umi aku punya anak penyu tiba2 pengsan di tengah perjalanan. Abah aku memberi gelakan dan bahakan yang banyak kepada umi aku. Tapi kahsian penyu yang tidak berdosa itu.

June(Freedom)

Its already 5months aku membuat praktikal di situ.Lalu perkhidmatan aku sebagai Pembantu Akauntan ditamatkan serta merta. Aku menerima sijil dari firma tersebut. Ternyata aku sangat menghargai sijil itu kerana telah menggantungkan serta menlaminatekan sijil tersebut di dalam almari baju.(sape ntah nak tengok).

July (Come in dear)

Yea..hari ditunggu sudah tiba.. aku relakan jelah diri mendaftarkan diri ke kolej aku.. semester 5.. sungguh cepat waktu ini berlalu.belum sempat pun aku meneguk Espresso yang dibeli di Starbucks kini terpaksa pula mendaftarkan diri. Rumah sewa aku canggih dan moden style. Ini adalah kerana terdapat banyak lalang-lalang yang berlumba hendak menumbuhkan daunnya, gate yang tidak perlu dikunci hanya perlu ditolak dengan sepenuh tenaga, rumah yang tiada bertangga,televisyen yang sangat romantic saiznya (14inch). Sangat modern style bukan????

August(Independence)

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Andai aku seorang Perdana Menteri.. akan ku bangga di hari Merdeka ini.

Andai aku seorang angkaswan.. akan ku kibar bendera ku di perbatasan awan.

Andai aku seorang pahlawan..pantang aku berundur sebelum berlawan.

Andai aku seorang isteri..akan kuturuti kata suami. (OMG! Salah channel)

Lets move on..

September(Never Ends)

Bulan yang tak mungkin berakhir..Puasa.. menahan laparnya hati dahaga nya esophagus.. menghabiskan masa di kala petang di bazaar ramadhan berdekatan dengan rumah sewa. Menu sama je hari2 and kadang2 aku terdengar perut ni bisik bahawa beliau mahukan KFC,Nandos,McD etc. Lalu jawab aku kepada perut, lepak eh, kat bazaar area Port Disckon ni tkde fast food.. slow food ade,lalu perut bersedih sambil meminta aku ke toilet untuk meningalkannya.

October(Jellying my feeling)

Raya Raya

Selamat Hari Raya Maaf Zahir and Batin lah..

Malam raya – Di Taman Melawati

Raya Pertama – Di Kg Puah, Gombak.

Raya Kelima – Rumahku syurgaku

November (Exodus)

Penghijrahan diri from worst to better life.Final exam is just around the corner.So aku mcm tergedikgedik belajar sambil medulla oblongata aku proses input yg aku wat revision.

This semester im taking Financial Accounting 3, Auditing, Taxation and Management Accounting. Plus Kuliah bermain sambil berangan.haha Every kuliah aku berangan-angan.hey stop it la..u better berubah ..pliz concentrate in ur study. I believe that if there is a will, there is a way.. so im goin to find out the way to be a successful and dedication student in my college. I hope so..

December (Scary Exam Month)

Woah woah! Dear final exam is just around the corner. Wake up wake up. Time exam week ni jugak la aku slalu bangun lambat. Orang kate tido lama2 cepat jadi gila. Aku tak gila tapi otak aku gilalembab. (Mentally deficient) alhamdullillah paper final dah habes aku jawab dengan pen hitam,liquid paper, calculator and pembaris. Credit to Kedai Buku Chong Chek kat depan umah sewa aku sebab sponser stationary aku.haha.



A friend is a crutch when you have a broken heart

A friend is the glue when things fall apart

A friend is a love that can never let go

A friend is you and I wanted you to know.

A friend is one who walks in when the rest of the world walks out.


30 December 2008

Top Secret



***yellow tears tu air mata dia..mcm sedey sbb awek die materialistik



Share your deepest secrets...

I’d love it if you hugs and kisses me.
If I met Pierre Andre you’d have to let me kiss him.bleh tak?
My favourite outfit of yours is when you wearin swimming trunk. *wink*
Don’t ever ask me to go to Petrol Pam. Taktau kenapa tak suke.
The best makeout song is Ecstasy by Dj tiesto.
Going for Haji,wishing you I love u,hugs my Family is on my list of things to do before I die
The most rebellious things I’ve done is stop smsing you for 2weeks.pnh kan?
Someday I will be famous for build my own hotel names Amira Tropical Hotel.
My idea of the perfect night out is going for candle light dinner at Paris.
I get annoyed when you keep on smsing me just to say OK or K .
Don’t call me during my favourite TV shows, Wonderpets
My dream job is to be a pilot. Daydreaming je keje aku.
I’ve never to shouting at your ears but I’m dying to say I LOVE YOU

Wake up la Malaysian!

Hurmmm…
Actually aku terasa nak post entri ni semalam tapi terbantut. Jiran aku tu ha cepat na tutup wireless dia. Awak baru nak berdiari kat sini.

Aku sepertinya mahu meluahkan perasaan tak puas hati kat satu iklan tv ni. Coca-cola. Kalau korang perasan lah. At first aku mcm tak perasan lirik lagu. After 2 or 3 kali aku dengar balik lagu die lebih kurang begini: Camni-lah ,camni-lah aaa.… Siap tulis camni-lah kat iklan tu. Kalau macam nil ah iklan kat tv dengan shortform tu ,macam mana la Malaysian nak mantap Bahasa Melayu. Anyone yang berwajib sila pantau eh,Please.. Bahasa Jiwa Bangsa..

Aku telat ke kerjaan

Aku ketawa sendirian.

Aku ni kuat tido. Taktau kenapa.Kalau kat rumah sewa memang housemate aku tau waktu tido aku pukul 4 petang sampai 6 petang.Malam hari pula aku tak boleh tido.Mula la aku kecau semua satu rumah.Borak-borak,nyanyi-nyanyi.Ahahaha..

Sebenar aku bukan nak cerita pasal dekat rumah sewa.Aku nak cerita dekat rumah aku sendiri.Masa aku praktikal Jan08-Jun08. Biasa balik kerja keluar pukul 5.30, then pukul 6 macam tu aku sampai la rumah. Aku pun membaringkan diri atas sofa depan tv aku dan melayang terus.Tertidur.

Tiba-tiba terdengar umi memanggil aku, Mira,Mira! Bangun..pegi kerja,dah pukul berapa dah ni. Belum sempat otak aku mentafsirkan maklumat yang disampaikan umi, aku terus bangun mengambil handbeg,dan melonglaikan kaki aku melangkah. Umi bertanya, kau nak ke mana? Lantas aku menjawab, pergi kerja la.Bergema rumah aku dengan tawaan umi,kakak dan adik aku.Rupanya mereka hanya mempersendakan aku. Waktu ketika itu menunjukkan pukul 7 malam.

Sebab mengapa aku terus melangkah untuk ke tempat kerja adalah kerana aku ingat sudah pukul7.30 pagi dan aku pasti akan terlewat ke pejabat.Rupanya baru pukul 7.30 malam.Ahahhah

Pantun Ultraman

Pulau Hokkaido jauh ketengah
Gunung Fuji bercabang tiga
Hancur Raksaser dikandung tanah
Ultraman yg baik dikenang jua.

Dua tiga Raksaser berlari
Maner nak samer Raksaser Kero
Dua tiga Ultraman boleh kucari
Maner nak samer Ultraman Taro.

Kalau roboh Kota Narita
Papan di Tokyo Ultraman dirikan
Kalau sungguh itu keje Raksasa
Badan dan kepaler dier Ultraman 'fire'kan.

Kajang Ultraman kajang berlipat
Kajang Raksaser mengkuang layu
Kalau Ultraman Ace tak cukup kuat
Ultraman Neos datang membantu.

Buai laju-laju
Sampai Pokok Sena
Apa dalam baju?
Lampu Ultraman nyaler.

Mengata dulang paku serpih
Mengata Raksaser
Ultraman pulak yang lebih-lebih.

Sudah gaharu cendana pula
Sudahlah kalah di'fire' pula.

Orang berbudi kiter berbahaser
'Fire' diberi pada raksaser.


Futnot:Pantun ini telah dipantunkan oleh Ultraman ketika sedang dating bersama Kim Possible.ahaha

29 December 2008

weh ko kentut bau petai la.

Which one is yours?

1.Berkeyakinan @ confident level very high

Kentut sambil mengisytiharkan beliau kentut tanpa segan silu kepada hidupan dibumi

2.Strategik

Kentut sambil ketawa terbahak-bahak walaopon sedang menuntun cerita Troy (adegan perang)

3.Periang

Kentut dengan kadar 1 Volt bersamaan dengan Volume 1 kemudiannya senyum seorang diri kononnya teringat babak babak filem Pendekar Bujang Lapok.

4.Mysterious

Kentut yang hanya meninggalkan baunya sahaja tanapa dapat meng ‘detect’ tuan punya kentut. Barangkali beliau sudah terkincit.

5.Hipokrit

Kentut yang dikeluarkan oleh beliau tetapi orang lain yang terpaksa menerima hukumannya. Kejam sungguh beliau.Hentikan kekejaman ini.

6.Sadis

Kentut yang dikeluarkan oleh beliau dan dilencongkan kepada hidupan bumi yang berdekatan lalu mengibaskan bau tersebut melalui seluarnya atau selimutnya.

7.Kreatif (maybe beliau Presiden Kelab Seni Kreatif dulu)

Kentut dikeluarkan tanpa disengajakan dan berpura-pura mengeluarkan bunyi yang seakan kentut e.g membuat bunyian mulut, menjatuhkan harta benda beliau spt mainan guli adik beliau atau pasu kesayangan mama beliau.

8.Ala-ala Matematik dapat A+

Kentut yang dikhuatiri akan dilontarkan pada bila-bila masa sahaja lagi lalu disuruhnya hidupan yang ada disekeliling beliau untuk countdown 1,2,3

Aleep Part 1

Aleep Part 1..

Aku ada kawan. Nama dia Mohammad Aliff bin Yatim. Aku berikrar kat sini aku kawan dengan dia sampai mati. Aku sangat suka kawan dengan dia. Aku mula kenal dengan dia since Form 1. Dia kawan baik aku, kawan jahat aku, kawan gila aku, kawan gossip aku, kawan aku paling best.Aku tak tahu kenapa suka kawan dengan dia and the best part is girlfriend beliau tidak kisah jika aku rapat dengan beliau. Ini adalah kerana kami adalah ‘soul mate’ dan tidak lebih dari itu.Selamanya..

Aku selalu juga keluar melepak bersama beliau. Selepas tamat SPM tahun 2005, aku berkerja di Lot10, Aleep pula bekerja di bangunan bersebelahan di Sungai Wang.Jadi bila waktu balik aku selalu balik sama beliau.Tidak perlu takut kerana beliaulah hero ketika itu.Seven Eleven sebelah Mcd Bukit Bintang tu lah tempat kitorang menghabiskan masa untuk menunggu bas.Pernah sekali bus tidak kunjung tiba dan jam menunjukkan pukul 1.Cuak tak cuak la.Nasib baik aleep ada sebagai hero, tapi hero sebenar malam itu ialah Syahmer kerana ayah Syahmer telah berusaha mengambil kitorang.Ahahah..

Aku pernah ke BB Plaza bersama Aleep untuk ke sebuah butik di sana untuk membeli selipar hijau Ripcurl. Berlagak nampaknya aku disitu. Hanya sebagai pemberitahuan saja.Bukan berlagak. Aku juga pernah ke KLCC untuk bertemu Aleep untuk melepet di Taman KLCC bersama teman-teman lain. Aku pernah ke KLIA bersama Aleep untuk menghantar rakan ke Mesir. Kalau aku berjalan bersama Aleep, selalu sahaja beliau mahu meminjam dan membuat beg/handbag aku seperti hartanya. Beliau mengatakan bahawa bag aku cantek.Agak perasan disitu, tapi benar.Tak caya tanya Aleep eh.Kalau ke mamak tak payah cakap lah.Pernah aku lepak bersama Aleep di mamak selama hampir 4 jam.Buang masa,bual kosong,dan roti canai.

Umi aku juga kenal Aleep. Sebelum kami masuk ke university Aleep selalu suka berjogging di Taman Tasik Seri Gombak. Selepas beliau penat beliau akan datang ke rumah aku melepak dan hilangkan penat. Pernah juga Umi aku hidangkan Beef Burger Mcd kepada beliau untuk santapan setelah penat berjogging.Umi aku suka akan beliau. Beliau peramah,baik hati,hormat orang tua.Alamak ter puji beliau pulak.Harap beliau tidak lupa diri setelah dipuji.

Sekarang Aleep melanjutkan pelajarannya di UITM Shah Alam dalam bidang Art and Design. Beliau sekarang ini sangat sibuk membawa Kamera NIKON SLR beliau ke utara dan selatan untuk dijadikan kenangan.Aku juga pernah terasa seperti artis kerana semasa pernah di KLIA dulu beliau telah menggunakan kamera itu untuk menangkap foto aku setiap minit.Haih..

Last but not least,aku bersedih akan teringat Aleep, aku gembira juga akan teringat Aleep. Aku juga sentiasa meletakkan Aleep sebagai top friend aku di Myspace aku. And the best thing he knew it. Thanx Aleep for being a really good friend.


Selamat Derma Darah

Ini aku. Gambar ini telah menggambarkan aku sedang menderma sebeg darah aku. Walaupun gambar menunjukkan aku menutup muka aku dengan tangan,bukan lah tandanya aku takut. Cuma a little bit scary, freaky, damn cuak. Sama ke maksud dia dengan takut. Tak penting disitu.

Aku telah mengikuti program yang telah dianjurkan oleh Perwakilan Pelajar Politeknik Port Dickson untuk menderma darah.Pada mulanya aku tidak berhasrat untuk menderma.Tapi setelah dipujuk oleh teman baikku Shahir aku memulakan langkah aku.

Pertamanya aku mengambil sarapan pagi yang telah disediakan iaitu karipap dan air Nescafe sebagai lapikan perut aku.

Keduanya aku ke kaunter untuk menimbang berat badan aku yang agak berat ini.Berat aku lulus untuk menderma darah.

Ketiga aku melengkapkan borang yang telah disediakan. Keempat aku ke kaunter untuk mengenalpasti jenisnya darah aku. Darah aku adalah jenis ‘O’. Darah ini boleh didermakan kepada semua orang tetapi kepada aku, jika memerlukan darah mestilah diambil dari jenis darah ‘O’ juga.

Kelimanya aku ke kaunter untuk mengira ketinggian darah aku.Tangan aku dipam-pam.Ketinggian darah aku lulus untuk derma darah. Dan keputusan diperolehi,aku boleh menderma 3 beg darah. Aku ulangi 3 beg darah.Totalnya 1liter. Bayangkan lah. Aku pada mulanya menjangkakan darah yang diderma hanya sebotol kecil.Perasaan nervous mula datang.

Seterusnya aku ke bilik pendermaan.Aku hanya baring di atas katil kot nama dia.Pada masa ini juga ada sekumpulan lelaki yang tidak tahu dari mana asal usulnya mencuba untuk menakutkan aku.Perlu ke? Penting ke? Salah masanya.Aku hanya memberanikan diri yang sedang takut.Nurse mula mengepam menggunakan alat tekanan darah untuk tidak membiarkan aku sakit ketika disuntik.Apabila sudah pam, jarum mula dicucuk.Jarum?Besarnya? Bapak punya besar.Sebesar 2kali lidi sate.Aku takut.Lalu menutup mata.Selesai sahaja,rupanya tidaklah sakit yang seperti aku tafsirkan.Darah yang didermakan sebenarnya hanyalah 1 beg sahaja kerana factor masih pelajar dan dibawah jagaan ibubapa.

Selesai menderma darah,aku diberi sijil penghargaan oleh Hospital Seremban.Bangga disitu.Istimewa derma darah ialah darah yang didermakan akan dicatat didalam sebuah buku kecil berwarna merah.Dan penderma akan mendapat rawatan percuma mengikut kekerapan menderma darah.Ingatlah setitis darah yang kita dermakan akan menyelamatkan satu nyawa.Make sense ke?ni mcm perumpamaan sahaja.Dermalah Darah eh.


28 December 2008

Rahsia Mangkuk Tingkat

Mangkuk tingkat. ahaha.. actually aku tengah nonton majlis persandingan mawi and ekin kt astro prima. then time ni jugak aku merindui mangkuk tingkat.

Mangkuk tingkat ni sinonim dengan lauk pauk yang ditempatkan didalamnya. Standard kalo jiran-jiran time diorang masak lebih mesti bagi kat jiran sebelah.
Tingkat pertama- normally letak ulaman kot sbb kalo kuah takot tumpah
Tingkat kedua-gulai cam kuah
Tingkat ketiga-sambal
Tingkat last-nasik putih

Tembikai singgah ke kepala



Aku duduk dan tiba-tiba terfikir. Pokok ara body dia besar tapi buah dia alahai ciput and kecik. where as pokok tembikai body dia kecik tapi buah tembikai bapak besar. Ini lah kuasa Tuhan, setiap yang dijadikan mesti ada alasan. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui dan Adil.
Ecen..bertazkirah pula aku di sini.

Cuba korang imagine contoh la hari panas and korang nk berteduh of course la korang pilih pokok ara yg besar kan.Kalo setakat pokok tembikai alamatnya kering disitu. haha.. that is why buah ara kecil..if buah ara as big as tembikau tak ke kepala kau tu benjol cm mangkuk tingkat kalo suddenly buah tu jatoh??ahaahah
Make sense tak ape yang aku cakap ni? Perhaps..

Pierre Andre and again and again..

Memperkenalkan ini artis kesayangan.. Pierre Andre.. Sangat meminati lakonan and all filem directing by beliau. Beliau kelihatan matured walhal beliau baru berusia 23tahun.i loike!
Listing filem arahan dan skrip beliau:
Jangan Pandang Belakang
Congkak
9 September
Selamat Pagi Cinta
Jangan Tegur

Jangan Pandang Belakang was freaky damn scary .Aku hanya sempat menonton filem ini 3kali sahaja di panggung wayang.Justeru itu, dapat menaikkan kutipan filem ini sebanyak 7juta. Tabik hormat please. Kali pertama aku nonton di TGV,KLCC, Kedua kali pula di GSC,Berjaya Times Square dan yang ketiga nya di GSC,Seremban2. AKu dapat menyimpulkan bahawa cerita ini adalah cerita aku paling sedap dimakan,digoreng,ditengok. Sahabat mengatakan aku sangat menggilai Pierre dan akibatnya aku terlalu taksub mengatakan cerita ini best dan mempesonakan medula oblongata aku. Aku menafikan kerana bahawasanya cerita ini sangat best dan sangat baru untuk indutri filem Malaysia ini.

Congkak agak boleh tahan, 9 September agak boring, and Selamat Pagi Cinta not bad.
i was like sangat kecewa at the same time sebab i dont know how to communicate with Pierre Andre. Aku hendak selalu menulis ketaksuban aku terhadap lakonannya and skripnya, tapi terbantut dan terkucil.

Pernah aku cube mengadd beliau di Myspace.com.tapi sudah lama beliau tidak meng update ruang beliau itu.
*sigh

Pernah juga aku terpikir untuk bertemu beliau.Ini adalah kerana Uncle aku salah seorang Pengarah di Stesen TV Astro.Terpikir tapi tak mampu mengatakan. Lalu kecewa aku sendiri.
Uncle aku juga akan melangsungkan perkahwinannya dengan seorang pelakon Malaysia ni, aku harap Pierre ada tapi tak mungkin kot.

Pernah mengharap untuk bertemu Pierre di shopping mall.tapi kecewa lagi sendirian. Yang aku gile tahap gaban membe aku yang bertemu dengannya. Owh Syazrin, kenapa engkau.Bukan aku.
Syazrin pertama kali bertemu Pierre ketika pra tayang filem Jgn Pdg Blkg di Universiti, Kedua kali di Amcorp Mall,Petaling Jaya. Plus Syazrin siap parking sebelah kereta Pierre. Ouh Syazrin im goin to kill u dear fren. or else i bunuh diri..haha.. gile geli.. no way man..

Im up to bed now..
gotta go..
**Waiting for jangan tegur movie.



Nugget di Malam hari kerana Nasi Goreng tak jadi

12.52 pm
Sunday
Listening Hitz.fm

Ho..baru suda masak Nugget Tempura sesedap nugget ayam KFC.haha.. kelaparan melanda sebab parents aku tiada di kediaman ini. mereka berdua ke Port Dickson akibat daripada terdapt hal-hal melanda yang tak dpt dielakkan.While im writing this blog im waiting for my brother. Agak risau kerana tidak pulang lagi di malam begini. Beliau ke gig. begitulah budak-budak. Like i was before.

Actually before goreng nugget.aku telah memasak sepinggan nasik goreng yang kelihatan seperti cili di dalam pinggan akibat daripada cili yang terlebih. Lidah aku ni kalo tebal cam batubata leh la tahan.. akibat daripada tidak tahan kepedasan melampau aku telah membungkus nasik goreng dan terus membuang ke dalam tong sampah.

Umi aku pulak meletakkan tong sampah kat luar rumah. Dia kata kami adik beradik amat malas membuang sampah. Jadi lebih senang kerja umi jika meletakkan tong sampah di luar. hahah..
Aku ke luar rumah dengan sebaik-baik perbuatan aku lalu membuang sampah ketika jam hampir pukul 1 pagi. sangat takot keadaan di luar.

Sekarang aku sedang menggunakan wireless jiran sebelah aku. Jadi lebih enak jika aku stop di sini sebelum beliau menutup wireless beliau lalu aku tidak dapat mengirim entri ini. S
ekian

27 December 2008

The Hoppers and Ahli Music


The Hoppers & Ahli Muzik..
1 Ride 4 Guys 9 States 1 Cool Volkswagen Ride named KOMBI

heart heart heart damn much cerita ni..storyline die sgt interesting.. different than the others musical show..cerita ni more to reality show...wish i could be a part of this.It is innovative with handy cam concept.

The Voyeur--> Fatul
The Face --> Gambit
The Geek --> Fungus i Love u
The Entertainer --> Bo lalalala

its about 4 guys ni... fungus,gambit,fatul n bo..
the coolest things about these guys becoz diorg sgt sgt slumber gile kot
sume pon cool gile kot.. plus che fungus yg sgt charming + notty + geeky..
moreover ade cam tibe2 ade love story plak.. Bo paling byk skandal kot..
they were travelling all over 9 states in Malaysia, including Kedah, Negeri Sembilan,Malacca etc.
tp bukan maen redah je.. kt every states diorg meet up dgn band-band 'indie' yang bertumbuh kt Malaysia ni.. yang gempak2 je la kan..
episode 9 sgt bes sbb ade yuna.. yuna.. u r awesome.. Peace!
sis Fynn pon ade.. but in the middle of this series fynn suddenly disappeared..
huhuh.. :(
wish you all the best. you people rocks
hopefully..ade season 2,3,4,5
haha.
**** 4stars


The Spirits




The Spirit


Location : One Utama,Bandar Utama
Date : 27 December 2008

Starring by Encik Gabriel Macht, Encik Scarlett Johansson, Cik Eva Mendes and Encik Samuel L.Jackson
Duration movie ni 1 jam 43 menet la

Basically movie ni pasal former rookie cop who suddenly returns from the dead as, THE SPIRIT to fight crime .
The spirit ni ade gurlfren which is Eva Mendes..
Eva Mendes ni mcm benci kat polis and freaky gile dkt jewellery.. sume brg mesti ade diamond.
then she left denny (the spirit) sbb nk carik boyfren yg kaya raya..hahaha, materialistik tol.
Movie ni pasal diorg berebut 2 boxes.
1 box - diamond (Eva Mendes nak)
1 box - vase yang ade vaksin kot( Samuel nak)
then diorg tertukr time fight kt dalam paya.
so diorg pon umpan each other nk dptkan blik that 2 boxes.

Good Side
ade byk part kelakar dlm movie ni
(Samuel L. jackson create human klon ,then he named it such as Adios,Amigos,Locos, Pathos, Logos,etc)
Ske tgok Eva Mendes blakon
Sound system die bes gilak

Bad Side
Graphic movie ni more to comic style
Storyline die too simple..x byk nk pikir
duration movie ni should be 2 hours kot.


Stars : 4 over 5.. ting ting ting

Histeria


Histeria!

Location: Berjaya Times Square

Date : 24th December 2008


semua pon tahu pasal histeria.. its all about screaming,laughing plus mengilai and all that..
aku pergi nonton movie ni pon sbb pas tgok trailer die kat astro ria..
cam gempak je beb..
duration movie ni 1 jam 30 menet..agak lame la for malay movie
Pelakon die pon agak best:
Liyana Jasmay(Murni), Scha(Alyssa), Norisnainy, Ainul Aishah, Talya, Yuhana, Reana, Adiputra, Vanidah Imran, Adlin Aman Ramlie, Adman Salleh, Kazar, M.Rajoli, Ramli Hasan, Namron.

Cerita dia cmni,
kat sekolah ada mcm 1 group yang popular sbb diorg cm wanted la..
diorg ade groups named Pink Ladies.
then diorg kene denda sbb maen game cm spirit tu..
then ade sorang mangkuk ayun which is one gurl from pink ladies ni g amik barang yang tukang kebun skolah tu tanam dekat belakang skola n suruh murni simpan,
pastu cm hantu or momok or jembalang tu amok kot..
die bunuh one by one..
Good side
make up die gile real oke..
pelakon movie ni sume newbie tp best gile
director movie ni james lee..respect kt die sbb tahu pasal malay tradition ghost

Bad side
momok or jembalang tak bes plus tak takot
the way jembalang tu bunuh diorg same je.(geget n robek)
ade watak lesbian which is not suitable in malay movie.yucks!


Stars: 3 over 5..ting ting ting



26 December 2008

Christmas Day Out

Laila (recently at UITM Sarawak), Zahera (recently at UITM Penang) and Amira Salim
Syazrin (recently at Universiti Malaya), Amira Salim and Zahera
jiji (recently at Port Dickson Polytechnic), Amira Salim and Zahera

We are having so much fun !!!
Location : Old Town White Coffee, Taman Melati Utama
Time/Date: 11pm, 24th of December

20 December 2008

Kellie's Castle

Kellie's Castle
Castle ni located at Perak Darul Ridzuan
This is one and only scottage castle yang still ada kat Malaysia
The unique about this castle is this castle was built without using any cement(simen)
the campuran yang diorg gunakan pasir + kapu r + telur itik
it is slighty looks like Bangunan Sultan Abdul Samad which is located in front of Dataran Merdeka in KL
if you have a chance to go there,u can see the bangunan mcm rosak sket la becoz it is destroyed during Second World War
1905- Ada la mat saleh ni import 70 orang from Madras untuk siapkan castle ni.
Ramai jugak mati time tu sebab ada satu tragedi. Tragedi october ke ntah ape ntah.
Thats is why orang kata castle ni agak berhantu..roh org2 Madras ni kot yang berkeliaran.. haih..

Aku memang bodoh pada masa itu

Hari ini
aku ke sana bersama temanku
berat rasa hati seperti dirantai

benakku berkata mengapa perlu diikutkan rasa hati ini
hanya memalaskan diri menaiki kereta temanku

aku terpaku
aku terpanah
aku seperti diikat dan tak mampu menyuruh jasadku mengikut rentak
melihat engkau bersama dia
lidah mu aku percaya pada mulanya
kini tidak lagi
dan
tidak mungkin akan percaya lagi

aku mungkin sudah mati dengan hati ini
aku sudah jelak menunggu yang tak pasti
penantian itu sungguh memerlukan kepastian

aku pergi
aku pergi
pergi untuk mencari kebaikan
luka yang belum sembuh ini mungkin tak akan diubati
tidak akan
tidak mungkin
*huhu

Tidaklah engkau..mungkin

Rasa itu telah pergi
meninggalkan rasa yang mungkin tidak diingini

mungkin kalau itulah yang engkau mahukan
tidak aku disini

menunggu rasa yang mungkin tak pernah akan datang
hanya keyboard laptop ini menemani setiap hari

mungkin salahnya aku tidak melahirkan kata itu
mungkin juga rasa itu tidak kena pada tempatnya
ternyata
dia bukan untukku
dan adanya aku disini bukanlah untuk dia

tipulah
tipulah kalau aku tidak mencemburuinya
sentiasa bahagia walau bergelumang dosa
ceraikan bontot mu dari kerusi
bangun
jangan pernah ada cemburu
ingatan ku tak mungkin akan pernah lupa
sudah
itu semua dahulu
barangkali aku ini terlalu memikirkan perkara kecil
itu adalah aku
siapa pun tidak boleh menjadi aku
hanya aku memahami aku
tidak engkau

19 December 2008

Peperiksaan Akhir

Mengapa
Sekarang baru hendak menyesal,

Mengapa
Tempoh hari tidak berbuat demikian,

Mengapa,
Melahirkan rasa yang mungkin salah tempatnya,

Mengapa,
Menzahirkan perbuatan yang tak bisa difahami oleh medulanya,

Mengapa,
Di kala bulan memanggil keheningan subuh baharulah mahu merasainya....


P/S::::(kalaulah aku study dari awal..x lah puisi ni aku tulis..hahah)
(sampai subuh study, input ngn output pon dah tak boleh bezakan)
(time jawab exam..otak sengal n sangap buku)
(Final Exam - 5 December - 16 December 2008 :::Semester 5)