15 August 2011

Sahur - Day 13 - Gulam Mee

Bukan sekadar mee goreng sahajaaa!
itulah motto yang digunapakai untuk restoren Gulam Mee ni weh.
apa yang menarik?
menu yang sangat banyak!
now bulan Ramadhan diorang ni pergi tambah lagi menu istimewa. fuuhh.
apa lagi, kita yang tengok menu ni pon tak keruan jadinya.

tempat ni memang port kita kalau dah ada kat area Kota Damansara.
memang port budak-budak tengok bola la sini.
kalo ada bola memang full house.

gambbar ihsan Google.com

sahur haritu kita makan mihun sup campur punya.
iaitu mengandungi, daging, ayam, perut, tetel, ekor dan tulang.
memang meletup dengan cili dia. harga RM10 . tapi memang puas hati.
sedap and berbaloi.
kalau nak try char kue tiaw pon boleh. *recommended - sup sup and kue tiaw


selain daripada mee, kat sini jugak ada rojak sotong, satay, nasi goreng, otak2 and macamm macamm lagi la.. kalau nak menu lebih lanjut click sini. MENU NYUMMY.
btw restoren ni pun dah masuk dalam rancangan kesukaan kita iaitu Jalan-jalan Cari Pasal tu. eh Jalan Jalan Cari Makan. service pun okay. cepat dan pantas dan tuntas. suasana pun santai-santai , ala-ala open air , tepi2 jalan. and the most important thing kedai ni diusahakan oleh bumiputra. no mamak mamak okay.




dah tu apa lagi, gi lah try weh. 


oh ye lokasi? Kota Damansara yer.
kalo nk spesifik lagi rerajin la menziarahi 
laman web ---> Gulam Mee Sdn Bhd




until we meet again

11 August 2011

Iftar - Day 9 - Fiske Steak House

Selamat Hari Raya Puasa yang ke 10.
dah seploh hari dah kan?
cepat je mase berlalu.

Post harini kita nak review satu lagi tempat makan best, Fiske Steak House , AU2 Keramat.
Actually kita dah penah pegi dulu makan dengan bf and gf kita and memang sedap dan yang penting murah.
can u imagine :
Lamb Chop : RM 10
Chicken Chop : RM10
Spagheti Meatball : RM 6.90
Special set which are including chic chop,lamb shop and steak : RM20

portion dia banyak okay,
BERBALOI
MURAH
SEDAP

tapi kalau nak makan kat sini kena booking dulu sebab mmg confirm penuh tau. lagi satu specialty kat sini ialah Asam Pedas, kita tak rasa lagi tapi one day nak pegi rasa lagi.


kita pun kebetulan ada tempat, booking pun pukul 5 petang la kan. selepas booking kita pergi meronda Baram dekat Au2 Keramat. mcm2 ada kat sana, Tauhu Tai la, Murtabak Shake la, samosa la, sume kita macam nak beli. Baram dia agak pendek and variety jugak. 
LAMB CHOP!! embekkkkkk
Spagheti meatball!
Tako tao! chicken and cheese nyummeyh

love with hello panda and tako tao dia. 




p/s : time pose ni sume nak makan, sume nak beli, last2 masuk dalam tong sampah. #syaitansangat tau.
Lepas semalam makan2 dekat luar , hari ni kita pergi menabur bakti masak memasak dekat rumah nenek, tapi nenek takleh makan pon, amik bau boleh la. menu yang tak berapa nak seberapa kita ialah Sambal Sardin, Sambal Sotong, Sayur Pak Choy kegemaran and telur dadar yang sangat masin sebab puasa kan? mane leh rasa. #alasan

ok lah ok lah,
kita nak gerak dulu.
HAPPY SAHUR
:)

10 August 2011

Iftar - Day 7 - Restoren Istana Bambu

As salam,
Hari ke 9 puasa. Alhamdulillah.
Post kali ni kita nak review bout one unique restaurant named Istana Bambu.

Nama pun bambu, mesti dah boleh agak kan decor decor dia. penuh dengan buluh-buluh.
Kite terpengaruh  dengan restoren ni sebab Kak Nora Danish kata sedap.
ooohh laaa laaa. kata beliau terbukti!
makanan restoren ni ala-ala kampung.
Contohnya :

  1. Daging salai masak lemak
  2. Ikan keli masak lemak
  3. rendang ayam
  4. kambing golek
  5. ayam masak pataya
  6. sotong goreng tepung
  7. udang masak marmalette
  8. kuih - lompang,karipap,apam,jelly,pau sambal,ondeh2 etc
  9. air cendol,asam jawa, sirap, mango
  10. yang saya highlight ni yg saya suka dan terbukti lah sedap!

Lokasi ? dekat ampang, sebelum Hosp Ampang Puteri.
Harga ? RM 49 nett tau

istimewanya restoren ni ialah suasana mcm dekat dalam buluh tau, jalan atas buluh, duduk atas buluh, ada sawah padi yang cantik. walaupun dekat tepi jalan tapi sangat terasa seperti suasana kampung. 

tambahan pula, di akhir sesi buffet ada sesi cabutan bertuah. sape bertuah dapat hamper from Adabi. tambahan tambah tambah lagi ada persembahan artis iaitu Dafi AF. yang terbest Dafi akan pergi dari meja ke meja untuk say thanks untuk guest kt restoren ni. comel bukan?
cantik kan?
ni ruangan galeri, kira mcm concourse la. utama.
padi menyambut kedatangan pengunjung
ni ala2 pangking, boleh bersila

suasana malam


banyak jugak area2 cmni kat sini. nice
menu first round

ni kambing golek pujaan ramai kot, beratur panjang nak amik!

2 orang je. hihih <3
blurrpp

momok <3

zifi kat belakang! baik munyerr
sesi cabutan bertuah! the winner goes to..
sesi ramah tamah mesra gitu. btw Dafi sangat cool and easygoing. <3 <3
so, sapa-sapa yang terasa nak pergi sini booking dulu ok. takut penuh!
pergi la
pergi la
murah and sedap!


until we meet again

08 August 2011

Selamat Pulang Nenek ku Nenek

As-salam,
Alhamdulillah dah seminggu kita berpuasa kan.
u all dah tinggal puasa belum tu?
harap2 penuh la bagi laki-laki , yang perempuan ada exception gituww.

Post kali ni kita nak specific untuk nenek kita.
Alhamdulillah after 75 days at HKL beliau sudah pun selamat pulang ke rumah beliau!
iaitu selang 5 rumah sahaja dari rumah kita.
ahahah, panggil-panggil nenek dari luar verandah pun boleh.

Selepas penantian selama 75 hari, nenek pun dibenarkan pulang.
Sebenarnya dah lama Dr suruh balik, tapi time nak balik je mesti mcm2 hal, hipo la, tekanan darah tinggi la, diabetic tinggi la. and sekarang alhamdulillah stabil. syukur syukur.
sekarang masalah nenek ialah bed sore dan pernafasan using trakea tube sahaja.
Sahaja? nampak mcm small matter, tapi sebenarnya banyak prosedurnya yang perlu rutin hari-hari kat rumah.
sampai kan meja makan rumah nenek penuh dengan ubat-ubat and machine.
sofa pulak penuh dengann dressing set, tisu, pampers and all that.

Kebetulan nenek balik rumah hari Ahad so ambulans tak berapa nak ada, so kelmarin gi sana sini cari ambulans. at last jumpe St John Ambulans. Thank u St John Ambulans, walaupun ambulans awak mahal tapi service awak terbaik. baek punyer ! ehem ehem, medical assistant yang hantar nenek tadi hensem . oops.

Selepas menyiapkan nenek di rumah, paklang kita terus shoot gi Melaka. Motif? ambil katil hospital. alhamdulillah ada juga hamba Allah yang sudi beri pinjam katil tersebut. Mudah-mudahan beliau murah rezeki.
memperkenalkan nama nenek kita yang ditulis oleh beliau sendiri , time ni 2009.


Tepat pukul 9malam tadi katil pun sampai dan nenek pun baring dan tido dengan bahagianya.

**Situasi cemas: Makngah suntik insulin kat nenek, tiba-tiba nenek tido je tak bangun2. rupa-rupanya nenek kata dia tido lena sebab kat hospital die tak penah tido lena. alalalla, siannye nenek.


ni planner nenek kita, kita balik Port Dickson pun dia tulis. so sweet. (MIRA BALIK PD)


oklah, sampai di sini sahaja entry kita hari ini.

Selamat Sahur

next planner nenek, kita balik Shah Alam pong die tulis, im touch
until we meet again

06 August 2011

Iftar - Day 6 - Tarbush, Jalan Bukit Bintang

Selamat Hari Ramadhan hari keeee 6!!
pejam celik pejam celik, bangun duduk, bangun duduk,
tup tup dah hari ke 6, dah nak hampir seminggu kita berpuasa.

Ramadhan ke 6 baru lah berpeluang berbuka dengan familia.
Minggu ni abah ajak lepak buka puasa dekat Tarbush .
Ramadhan tahun lepas kitorang lepak dekat Tarbush Starhill Gallery, so this year cuba nasib di Jalan Bukit Bintang.
ape yang penting? BUFFET dude.

ko nak melantak kambing duapuloh pinggan pon tak ape.
takde sape marah.

Food kat sini basically Lebanese food lah kan.nasi beriyani, shish kebab, shawarma kebab, lamb, and macam2 lagi!












sape yang darah tinggi, harap maap anda tidak dibenarkan makan lamb berkilo yer. hihihi.
Buffet kat sini boleh tahan harga dia. RM 55++. boleh tahan la gak kan. berbaloi gituw!
so apa lagi jum la jum laa join kita!

interior yang sangat coolio...!
<3
thanx abah <3
until we meet again

05 August 2011

Cake in a jar, love

gambaq, ihsan dari google.com
heyyaa
selamat berpuasa untuk hari ke 5.
alhamdulillah kita masih penuh lagi.
hihihi.

haaa, nampak tak gambar kat atas tu?
iye yang atas tu la cik bedah oi.
hihi,
ni nama dia cake in jar.
dah lama kita cari tapi kt KL ni tak jumpa.
yang ada kat johor je, jauhnye lah nak pegi ambil kat sana kan.

cake ni rasa dia same je mcm kek yang dlm kotak tu, tapi packaging dia sangat creative.
dalam balang , jar.
kreatif sangat bukan?


cake ni ramai dah sekarang buat goodies untuk orang kahwin and party gitu. fenomena cake ni dah lame, tapi baru jewww sampai Malaysia. lambat gituuww kann?
tapi takpe, yang penting dah sampai.
so sekarang kita nak pegi order untuk goodies kahwin kita.. oops
#gatalsangat
bukan untuk kita la, kita nak order untuk orang selain dari kita.
#gelakjahat



oklah, selamat sahur .

02 August 2011

Bazar Puasa Ke-2

Mesti semua dah blurrp blurrp kan?
ate makan ape arini?
teman arini makan macam2,
al maklumlah kalau berbuka di rumah.
macam biasa mesti corumn tak cukup,
hari ni along takde,
kadang2 abah takde.
kadang2 kita plak takda.
yang wajib kat rumah umi and adik laki kite jer la haih.
kalo nak tunggu semua ada mesti berjanggut la.


hari ni kita balik awal sebab kita vroom vroom dari tempat kerja dengan momok kita.
thanx. lev levvvvv <3
bukan main sup sap sup sap dia bawak moto.
#takutgila tau .
diam je atas moto, motif? #takutgila


Semalam, hari pertama puasa kita menziarah bazar depan Medan Mara, kita tak explore habis lagi tapi Samosa dia terbaik. sejuk pun still garing, satu lapan posen, tapi beli 4 ketui RM3. besar lah tapi, jangan risau. lepas cuci mata kt bazar, terus shoot pergi hospital tengok nenek. buka puasa kat sana dengan aunty kita. walaupun nenek tak puasa, tapi teman dia berbuka la kononnya. #sedih bila tengok ada pesakit yang berbuka sorang2. Pukul 12pagi camtu kita chow la dari spital, pastu paklang kita bungkuskan nasi lemak antarabangsa. ALAMAK!! ingatkan bulan puasa taknak terjerumus di dalam kancah nasi lemak. apakan daya orang dah belanja. cewah. padahal dalam hati ? yeayy.
makan nasi lemak and lepak dekat car wash keramat tu, pergh dah mengantuk gila time ni tapi tahankan aje sebab paklang kita ada hal. ingatkan dah makan macam2 niat takmo sahur, last2 kene jerit dengan umi.


MIRAAAAAAAA!! bangun!!!!!

kite kalau dengar suara umi memang seriau. terus gerak dari katil and amik pinggan. ahahahaha. perut dah full ni. nasi lemak semalam pon tak turun lagi tambah dengan sahur ayam berempah.
apa nak jadi?
apa nak jadi?
sampai sekarang tak kurus lagi .. (lagu SM Salim)


ok sambung Bazar hari kedua puasa.
sebenarnya kita ni tak minat gi bazar.
taktau kenapa.
semua pun kita rasa nak tapi last2 nti ke tong sampah jua.
syaitann sgt! membazir nye kan?
kita, momok and tawil gerak bazar Greenwood arini!

bukan nak cakap apa la, tapi bazaar ni memang macam-macam ada, kira artis pon singgah sini.tapi gambar bawah ni bukan artis tau. hihih

muka letih lah mereka ni

jalan sini jalan sana,
diorang dua orang ni ade je tempat nak singgah.
jangan tak tahu u ols.
diorang ni wpun lelaki lagi hebat dari kita.
dalam kepala diorang dah penuh dengan menu.

kerabu masak lemak la,
ikan bakar la,
air tembikai la,
risoles la.

Risoles?

Apekah?
TADAA !!
kuih risoles atau kuih hardcore yang penuh dengan cili api. (gambar ihsan dari google.com)
kuih ni semakin popular plak skarang ni, inti kentang and sayuan, kalau tuan tuan dan puan puan nak rasa yang inti ayam pun volehhh jugek.


oklah u ols, selamat bersahur yer.
semoga puasa anda diberkati oleh Nya.


AMIN