Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

06 November 2011

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Salam,
hows Aidil Adha treating you people?
saya? Oh kalau hari raya aidil adha bukan nak kata kurang meriah if compared to hari raya puasa tapi ada la jugak different dia except for the home made nasik beriyani . hihihi.

from left daging blackpepper, ayam masak merah, kerabu, rendang kerang, lemang

*telan air liur

nasi berani dan gagah
alamak sapa nak jawab kan kalau dah ada all those dishes depan mata, kalau jawab guna kertas objektif exam pon tak tentu boleh jawab lagi. all time favourite goes to ayam masak merah. taktahulahkenapahatinisukasangatkepadaayammasakmerah. heheh. selepas main dishes harulah dessert kan? 

nice kan packaging baru Secret Recipe? easy to handle

Happy Birthday to Along and Fred.
Selamat Hari Jadi to Along and Fred, many happy return to u both.  <3 korang.

Hari Raya Haji ni macam banyak jugak kenangan, sebab 2003 punya hari raya haji nenek telah kehilangan suami , umi dan abah kehilangan ayah, oleh itu saya kehilangan atuk. selepas kehilangan atuk, nenek seperti sangat sedih sebab the bond between nenek dgn atuk sangatlah rapat dan kukuh. dan juga memberi tamparan besar kepada saya jugak sebab atuk rajin layan saya. atuk selalu bawak kita pergi sembahyang kat masjid berdua, kadang2 dia bawak saya pergi office dia. oh rindu,, Allah je yang tahu. sekarang condition nenek selepas operation semakin stabil but nenek still depending on trachea tube and ryle tube for peepee, yet nenek still cant talk becoz peti suara kena tebuk. Sabar ye nenek, semua ujian Allah. ni masa nenek, masa kita sape pon tak tahu. oklah UNTIL WE MEET AGAIN

29 August 2011

Selamat Hari Raya

Selamat
Hari 
Raya
Maaf
Zahir 
Batin


21 August 2011

Iftar - Day 18 - Switchblade, Solaris Dutamas

10 DAYS TO GO kan?
sekejap je rasa puasa kali ni.
mungkin sebab busy. super busy.
entry kali ni kita nak review satu tempat berbuka yang murah and cantik and service terbaik.
nama restoren ni Switchblade. 
nama dia ala-ala ganas kan?
tapi kedai dia omel angat tauu
omel angat kan?

boleh beli dan belah kat sini okay

gff <3 yeayy
selain kecantikan restoren ni, restoren ni jugak menawarkan service yang terbaik! diorang serve cepat gile tau, cakap je nak ape terus ade depan mata. nak suruh snap photo pon tadehal lah. what about their food?
ok jum check it out.
soup yang marvellous weh

Grilled Cheese Mayhem Chicken

Johny Got a Boom2 Pow Fried Steak

Hilly Biilly Supreme Chicken


Lamb Shoulder
ini lah main course yang kitorang pilih. portion dia agak banyak la. special for Ramadhan ni diorang offer
RM 29.90 untuk main course, appetizer,dessert and drinks. nyummeh, rebutlah peluang keemasan ini. location? dekat je kat Solaris Dutamas sana. pergi Dutamas ni rasa macam nak pergi semua restoren kat sini. geram tauuuuuuuuu kita!
oh lupa, kita pergi sini bersempena nak jumpa ex schoolmate kita. merangkap gff kita <3 u ol sangat.
<3 <3 u ols.
bersempena dengan kejarangan untuk berjumpa, cik Syazrin telah membuat sebiji cake merangkap cake belated birthday semua orang. so sweet of you sayangg.. hihih

thanx a lot cik Syazrin

rainbow cake nyummeh!
so apa lagi,, grrrraabb lah peluang untuk menikmati iftar di sini. sesuai untuk datingdating, reunion. tempat ni ala-ala hardrock jugak la. nice one. hihi.


20 August 2011

Iftar - Day 17 - Suka at One Residency

hye everybody.
penuh ke tak puasa anda tu?
hari ni di subuh yang dingin ni kita nak review satu restoren yang menyediakan buffet buka puasa. sukaaanyaaaaaaaaa.!!!
iyaa suka.
suka la.
suka tak?
laaaa, sebenarnya nama restoren ni ialah SUKA! best kan nama dia. senang je nak panggil. weh jum pergi suka-suka dekat Suka ! HIHIHI
bertemakan SUKA . FOOD.DRINKS.SOCIAL memang bertepatan dengan konsep cafe ni, diorang ni provide wifi,food and shisha. so memang tempat lepetlepet golongan muda la. dengar cerita shisha dia nyummy. sebenarnya cafe ni located bawah residential apartment, so mostly yang lepak orang-orang yang stay area tu la kan. tempat ni agak tersorok, nak cari agak teketar-ketar la sebab macam die kat simpang hujung-hujung gitu. betui betui belakang menara Boustead and belakang Hotal Istana. 

Apa yang menarik pasal cafe ni ialah its very cosy u know, mcm kalau masuk je rasa cam lomentik lomentik taw. what about their foods? kita rasa food dia so and so lah. time puasa ni diorang buat buffet and food dia bagi kita tak banyak variety. Like kalau kita dah finished one meal tataw nak makan apa dah. but yang paling sedap jatuh kepada Lemon Beef Soup.and bottomless refill ABC. yang penting ABC cedok sendiri. 

time ramadhan ni diorang offer buffet RM 38++, nak pergi cafe ni boleh tapi dun expect too much . i mean kalau nak makan ala ala grand-grand memang tak la. ni utk rileks2 boleh la. 

went with GFF!
Happy Birthday SYAZRIN!

kita jugak berkesempatan celebrate kecil kecilan birthday gff saya! Happy Birthday Syazrin Nur Syafiqah and saya telah membuat kejutan atau lebih dikenali dengan surprise menghadiahi beliau cake in a jar! hihi. hope u like it laling.
<3
oklah, sampai di sini sahaja

SELAMAT BERPUASA


until we meet again

15 August 2011

Iftar - Day 13 - Temptation, Renaissance Hotel

Seperti tahun lepas, tahun ni kita meneruskan tradisi untuk berbuka di Renaissance Hotel .sebab apa?
sebab KITA MERASAKAN SANGAT PUAS HATI MAKAN DI SINI. FULLSTOP.
Btw kat hotel ni ada dua tempat untuk berbuka :

  1. Temptations
  2. Vogue
ni lah tempat kitorang bersidang . this time dapat meja ala-ala kusi tinggi . memang sume bersidang  ala2 kat bar la kan.





Kita makan dekat Temptations. food dia sangat variety, from nasi arab, nasi minyak, lamb grill, lamb soup, lamb meatball, ekor masak merah, udang galah masak sos, lala, ketam. dan macam2 lagi.
paling enak ialahhhhhhh EKOR MASAK MERAH. kalau kat luar ekor mahal kot. so apa lagi, kita pon melayan ekor dengan kambing la kali ni. apa yang best kat sini ialah pihak hotel akan sentiasa refill all those food. so takde masalah la nak tambah itu ini. sampai kan diorang main campak-campak je lamb. apa ade hal kan? oops membazir tau. tabaek!


Apa lagi yang menarik? TADAAAA  ~~!!!
lucky draw session
its a lucky draw session babe! prize? betul ni nak tau? for those that have a lucky number will get a free buffet every week for the whole year. can u imagine?
1 months = 4 weeks
1 year = 12 months x 4 weeks = 48 times a year u can enjoy the buffet? wadehel wadehel. nape lah kita tak menang.

ok lah mari kita menjamah gambar-gambar pada hari berkenaan.
encik aboo, encik madom dan encik pamee!
alalalaalal so sweet lah korang
ini dia agen 007, encik momok and encik hermantino
ahem!
cik wani, emcik nizam and cik esah!
selepas menikmati, si planner kami iaitu Cik Ejot and Encik Papang menjemput kami untuk menikmati view Kualala Lumpur.

ini dia leader kitorang !! Cik Ejot and En Papang,, thanx korang <3
alamak, bongsai nye kita. hihih 
YB hazwan and hermantino feeling2 dato dato tansri tansri. #okbai
nizam and cik wani gojes
aboo feeling2 main ape kebnda ntah ni. hhihi

<3 monokotiledon

nik and his wife and baby dalam perut jugak <3

ejotttt si gojesss
setelah penat mengelilingi kawasan hotel, moh la kita balik.! lepas round2, penat2, perut kembung2, kitorang pun tamatkan lawatan pada pukul 10 malam, thanx a lot kat semua yang terlibat.


love u guys


until we meet again

11 August 2011

Iftar - Day 9 - Fiske Steak House

Selamat Hari Raya Puasa yang ke 10.
dah seploh hari dah kan?
cepat je mase berlalu.

Post harini kita nak review satu lagi tempat makan best, Fiske Steak House , AU2 Keramat.
Actually kita dah penah pegi dulu makan dengan bf and gf kita and memang sedap dan yang penting murah.
can u imagine :
Lamb Chop : RM 10
Chicken Chop : RM10
Spagheti Meatball : RM 6.90
Special set which are including chic chop,lamb shop and steak : RM20

portion dia banyak okay,
BERBALOI
MURAH
SEDAP

tapi kalau nak makan kat sini kena booking dulu sebab mmg confirm penuh tau. lagi satu specialty kat sini ialah Asam Pedas, kita tak rasa lagi tapi one day nak pegi rasa lagi.


kita pun kebetulan ada tempat, booking pun pukul 5 petang la kan. selepas booking kita pergi meronda Baram dekat Au2 Keramat. mcm2 ada kat sana, Tauhu Tai la, Murtabak Shake la, samosa la, sume kita macam nak beli. Baram dia agak pendek and variety jugak. 
LAMB CHOP!! embekkkkkk
Spagheti meatball!
Tako tao! chicken and cheese nyummeyh

love with hello panda and tako tao dia. 




p/s : time pose ni sume nak makan, sume nak beli, last2 masuk dalam tong sampah. #syaitansangat tau.
Lepas semalam makan2 dekat luar , hari ni kita pergi menabur bakti masak memasak dekat rumah nenek, tapi nenek takleh makan pon, amik bau boleh la. menu yang tak berapa nak seberapa kita ialah Sambal Sardin, Sambal Sotong, Sayur Pak Choy kegemaran and telur dadar yang sangat masin sebab puasa kan? mane leh rasa. #alasan

ok lah ok lah,
kita nak gerak dulu.
HAPPY SAHUR
:)

10 August 2011

Iftar - Day 7 - Restoren Istana Bambu

As salam,
Hari ke 9 puasa. Alhamdulillah.
Post kali ni kita nak review bout one unique restaurant named Istana Bambu.

Nama pun bambu, mesti dah boleh agak kan decor decor dia. penuh dengan buluh-buluh.
Kite terpengaruh  dengan restoren ni sebab Kak Nora Danish kata sedap.
ooohh laaa laaa. kata beliau terbukti!
makanan restoren ni ala-ala kampung.
Contohnya :

  1. Daging salai masak lemak
  2. Ikan keli masak lemak
  3. rendang ayam
  4. kambing golek
  5. ayam masak pataya
  6. sotong goreng tepung
  7. udang masak marmalette
  8. kuih - lompang,karipap,apam,jelly,pau sambal,ondeh2 etc
  9. air cendol,asam jawa, sirap, mango
  10. yang saya highlight ni yg saya suka dan terbukti lah sedap!

Lokasi ? dekat ampang, sebelum Hosp Ampang Puteri.
Harga ? RM 49 nett tau

istimewanya restoren ni ialah suasana mcm dekat dalam buluh tau, jalan atas buluh, duduk atas buluh, ada sawah padi yang cantik. walaupun dekat tepi jalan tapi sangat terasa seperti suasana kampung. 

tambahan pula, di akhir sesi buffet ada sesi cabutan bertuah. sape bertuah dapat hamper from Adabi. tambahan tambah tambah lagi ada persembahan artis iaitu Dafi AF. yang terbest Dafi akan pergi dari meja ke meja untuk say thanks untuk guest kt restoren ni. comel bukan?
cantik kan?
ni ruangan galeri, kira mcm concourse la. utama.
padi menyambut kedatangan pengunjung
ni ala2 pangking, boleh bersila

suasana malam


banyak jugak area2 cmni kat sini. nice
menu first round

ni kambing golek pujaan ramai kot, beratur panjang nak amik!

2 orang je. hihih <3
blurrpp

momok <3

zifi kat belakang! baik munyerr
sesi cabutan bertuah! the winner goes to..
sesi ramah tamah mesra gitu. btw Dafi sangat cool and easygoing. <3 <3
so, sapa-sapa yang terasa nak pergi sini booking dulu ok. takut penuh!
pergi la
pergi la
murah and sedap!


until we meet again