Showing posts with label Resipi Amira Salim. Show all posts
Showing posts with label Resipi Amira Salim. Show all posts

08 August 2012

Resipi : Pavlova

Salam 19 Ramadhan.
Entry kali ni kita nak kongsi resipi pavlova. Pavlova ni banyak jual dekat cafe and bakery tetapi mahal sangat. Oleh itu, kita tekad nekad untuk buat sendiri. Jum ikut kita ke dapur. Dapur kita terus jeee lepas tu belok kanan. hahah. okay tak lawak -_-

Bahan-bahan yang diperlukan ialah, calon-calonnya ialah:

1. 4 biji telur putih, PUTIH sahaja, jangan cuba-cuba nak letak telur kuning. cubit nanti kang! haipp
2. 1 sudu tepung jagung
3. 1 sudu cuka masakan
4. 1 sudu essen vanilla
5. setengah cawan gula kastor

Untuk topping:

1. 250 ml whipping cream
2. 1 sudu esen vanilla
3. gula halussss sesudu
4. Buah-buahan, semua boleh kecuali DURIAN!
















Cara-caranya

1. Panaskan oven selama 10 minit sepanas 150 darjah celcius.
2. Boleh la start mixer kan bahan-bahan pavlova. Topping tu nanti dulu ye, siapkan pavlova baru buat topping.
3. Whisk kan telur sampai jadi meringue. Apa itu meringue? yakni pukul and rembat telur sampai bertandukk! Nampak tak tanduk meringue kita tu. haha. Sila rujuk gambar di bawah ye.



 4. Bila dah bertanduk makanya bila mangkuk tu kita terbalikkan, meringue tak akan jatuh. Sila rujuk gambar di bawah yer.

5. Selepas tu boleh la letakkan meringue untuk di bakar. Bakar meringue itu!!

6. Bakar selama 1jam api bawah and 15 minit api atas bawah. ngerti? kalau tak nanti bawah je masak tau.

7. Tadaaaaaaaaaa dah masak! ooopsss jangan terus keluarkan dari oven nanti dia jatuh tergolek tau. biarkan dalam oven untuk beberapa minit.

8. Lepas dah sejuk boleh la siapkan topping ( mixerkan je bahan-bahan topping tadi sampai kembang) then hias sampai lebamm sekreatif yang boleh. hihu.

Setelah dipotong!


psst, umi kita excited nak try pulak. ehem.


Selamat Mencubaa!

Until we meet again

06 August 2012

Resipi : Aiskrim Goreng

Salam Nuzul Al-Quran and Salam Ramadhan Al-Mubarak (tak terlambat lagi kan Ramadhannya?)

Dah lama tak buat comeback, maaf la busy sikit. Tiba-tiba rasa taknak jadi akauntan in the future. Eh?
Okay, straight to the point, entry kali ni kita nak kongsi resipi AISKRIM GORENG NYUMNYUM.hahah. mesti ade nyumnyum k. As simple as an ABC!! wahhh  gitu! OK jum ikut kita ke dapur Cik Ateen .

First and foremost, bolehla adik-adik beli sebuku roti yakni apa-apa jenis roti pun. nak beli berapa banyak tu ikut suka la okay. kalau sebuku ni akan dapat tambah tolak 10 ketul aiskrim goreng. yeay.

 Second, boleh la pilih acuan. Paling simple acuan benjo kat bawah ni. Nak guna acuan tart boleh, acuan love love boleh. apa pun boleh. Makanya untuk kali ni kita gunakan acuan benjo. easy peeseeeyyy!

Adik-adik juga perlukan scoop aiskrim . Tapi scoop guna sudu pon boleh.

 Susun roti atas chopping board and scoopkan aiskrim. Kita gunakan aiskrim perisa coklat and jagung.

Selepas tu, himpitkan roti dan tekuppp tekuppp guna acuan benjo tadi tu okay.

Tadaaaa! kan dah jadi ni! Simpan dalam peti sejuk semalaman dan boleh lah goreng sambil nyanyi.

Kulit roti? bagi la kat mak adik-adik untuk dibuat puding roti ye. Nak bagi ikan kat tasik titiwangsa makan pun boleh ye, janji tak buang. (padahal kita buang) hahaha

Inilah hasilnya, garing di luar, sejuk di dalamnyeee! hihuuuuuuuuuuu. boleh buat macam-macam perisa. tips untuk aisrim tak terkeluar dalam kuali adalah dengan memanaskan minyak sehingga betul-betul panas dan campakkk aiskrim goreng tadi. lepas kulit roti nak kecoklatcoklatan bolehlah angkat roti tu okayy!


Selamat Mencuba

Until we meet againnn <3 p="p">

06 November 2010

Sandwich Ayam Opah...!

Hari ni saya, pepaten ingin menganggggjarrr puan tuan pokcik mokcik cara hendak menyediakan Sandwich Ayam Opah..! yabedabeduuuuuu
ini adalah tadi umi saya telah membeli 1 barrel ayam KFC yang sekarang tidak habes habessssss!!!!!! ayam KFC ni kalo dah tak panas tak sedappppp.. especially yang original... yak uu yakk uuuu, takbleh telan.. lemak semacam ..
Bahan-bahan:
  1. Bawang merah dicincang halus,
  2. Mayonaisse,
  3. Mustard,
  4. Beberapa ketoi ayam KFC dicarik ditarik dilarikkkan!
  5. Roti gardenia,high 5, roti cap ayam pun buleh.
Langkah2 Keselamatan Penyediaan, perlulah disediakan oleh seseorang yang:
  • ikhlas
  • tidak berkuku panjang (oops)
  • menggulung rambut atau sanggul
Laaa ni buleh la kite start, ape lagi buh lar semua bahan2 tuh dalam mangkuk.
Pehtu buleh la gaul dengan sebati. 
Pehtu buh la gaulan tu atas roti
Sebelum tu buh la butter atas roti kasi lemakk berkrim sambil meletakkan butter seperti orang tamakkk...


Resipi oleh: Opah!

Actually time g umah opah ritu, ade banyak ayam KFC lebih. opah i ni memang la minat KFC, pastu tibe2 die pon membuatkan lah cucu cucunyaaa sandwich ayam opah! hahah.. sangat bernas idea opah. nanti p melawati wat lagi na....!


psst psst, ni nak habaq mai, sapa yang tak suka masam tu tapyah la duk nak buh mustard tuh, satgi ang x mo makan pulak.haaaa sudah...!