Salam,
selamat hari terakhir november, esok ialah December, lepas tu 2012. lepas tu umur saya dah duapuluhtambahtiga. macam takpacayeherlahsayadahmakintua. Sekarang ni ramai kawan-kawan sekolah kita dah bertunang, kahwin and sudah ada baby. #untunglahhhh. Kita ni bila sampai seru barulah kita berani nak plan macammacammacamacam. most probably.. hmmm hmm lambat lagiii. sebab banyak benda nak settle lagi, arah tuju pun samar samar lagi. insyallah ada rezeki ada la.
Sebenarnya tujuan utama kita nk post entri ni sebab kita nak post Puisi from Zahiril Adzim utk Isteri dia Shiera Ayob. alalalala lomentiknyaa beliau ni. sweet tau. Puisi ni beliau baca time wedding dia dekat Shah Alam minggu lepas. kita tak kesah la orang nak kata kita jiwang besi karat ke, besi berani ke tapi kita suka sangat baca puisi and of course mendendangkan puisi tapiiii dalam hati je. so 80percent = baca puisi, 20percent = dendang dalam hati. ok kita nak persembahkan puisi tersebut,
Sila amatinya, fahaminya dan rasakan kemanisannya. insyallah
Puisi Zahiril buat Shera:
“Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.
Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.
Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.
Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.
Isteriku, Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,
Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.”
indah bukan?
Zahiril Adzim sememangnya punya jiwa , manis bukan? macam nak print and tampal puisi ni.
*peluk tubuh sambil berangan
ok la ok la,
itu je
until we meet again yaahh
Barely Lethal (2015)
9 years ago
No comments:
Post a Comment