20 June 2011

Diabetic. Senyum.Manis.

Selamat hari Isnin.
hari ini sangatlah tipikal Isnin. sebab? bila Isnin je mesti malas nak bergerak, malas berjalan. malas ke kelas.
pendek kata semua macam MALAS nak buat.
panjang kata ? panjang diam je sebab dia malas nak layan pendek kot.


Entry kali ni khas untuk semua rakyat Malaysia
pasal? Diabetic @ Kencing Manis

tak tahulah kenapa rakyat Malaysia ni suka sangat makan manis.
tak kira lah gula tebu, gula-gula, or segala manis2.
bila dah banyak gula dalam badan so terciptalah penyakit kencing manis kan.
lepas tu mula lah obesiti , kegemukan terlampau and sakit itu ini.
worst come to worst kenalah potong kaki.
agak pelikkan bila kencing manis je mesti potong kaki kan,
tapi macam ada sorang family saya ada juga yang potong jari tangan.
it depends la sebenarnya . and the most important thing u ols kene la jaga diri kalo disahkan sakit Diabetic.
sebab? kalo luka susah nk sembuh and boleh merebak dengan cepat pantas tuntas!!!!
elakkan makanan manis and tak lupe juga carbo. sebab carbo mcm nasik juga boleh mengundangggg tau!

without further due marilah tengok conversation pasal potong kaki oleh Doctor wanna be .
Presenting Kak Balqis.
oh siapa Kak Bal? Kak Bal senior saya di skola terchinta! Hillcrest, skrg dia dekat Indonesia. buat apa? belajar. amik apa? Medic yaw. woot woot. Dr wanna be yawww.. yeay lepas ni boleh la panggil beliau Dr Bal yang baik hati.


conversation with Kak Bal




actually ada gambar patient kak Bal yang kene diabetis tu tapi tak sanggup nak post dalam ni, takut u ols tak lalu makan minum dan segala. haish. kalau nak tgok google je mane2 pasal diabetic k.


*tengok dinding kejap

Perkembangan Nenek.

Sabtu lepas ke hospital lagi melawat nenek. sekarang nenek dah tebuk leher. cakap pun dah tak boleh. apa yang mampu cuma mengangguk. mengiyakan saja segala pertanyaan. nak tanya pun ada cara, kene tanya closed question rather than open question. sebab dia boleh jawab Yes or No sahaja.
pilu and sedih. cuba bayangkan kita berada dekat tempat dia. tak boleh bercakap apa yang dihajati. mau meronta-ronta kan. contohnya kalau badan dia lenguh pon apa yang mampu hanya komunikasi melalui mata. itu pun kalau nurse tu perasan. kalau tak perasan? melenguh lah nenek seorang diri atas katil tu.

2 jam setengah berada dekat dengan nenek hanya yang mampu kita buat ialah mendendangkan ayat-ayat Al-Quran dan Zikir-zikir, sekali sekala nampak air mata nenek jatuh membasahi bantal. apa pula yang dia sedihkan yer? tak ada idea sebab hanya nenek yang tahu. nafas nenek mendengus jugak sekali sekala , sesak mungkin. tiub dekat leher membantu nenek membuka rongga supaya kembang bg tujuan bernafas. tiba-tiba buntang mata nenek terbuka, kita pun mula la bercerita dengan nenek. cerita je ape yang terlintas. selalunya kita cerita pasal harini hari apa, pukul berapa, siapa yang datang melawat dan nenek adalah sangat particular dengan tarikh.dia ingat semua tarikh. kita respek nenek kita. dan nenek hanya mampu mengangguk walaupun kita tahu senanye banyak yang dia nak tanya kat kita. Alhamdulillah nenek kenal lagi semua orang yang datang menziarah. selepas berborak nenek perlahan-lahan tidur automatik. mungkin kesan ubat. dialunkan lagi zikir-zikir selagi yang mampu. mungkin zikir-zikir itu juga lagu tidur buat nenek.

Ahad pula tidak dapat menziarah nenek sebab time constraint. FInal exam nak dekat. Makngah je yang buat laporan pasal nenek. ahad 1.30 tengah hari nenek sesak nafas. Doctor buat pemeriksaan and dia bgtahu ada gumpalan bendasing dalam saluran pernafasan. mungkin kahak-kahak nenek yang menjadi gumpalan. nenek, besar betul dugaan nenek kan. takpe, angah tahu nenek kuat. masa kan tidak nurse di hospital panggil nenek Nurse Lady. nurse mengelarkan nenek sebegitu sebab nenek tak buat perangai, disuntik diam, diberi ubat telan, dimandi layan. tahniah nenek. Nenek yang saya kenal memang tidak takut ubat dan hospital. Pernah aje nenek operation lengan dan dia tengok Doctor mengorek lengannya untuk membuang gumpalan lemak. Nenek, angah nak jadi macam nenek. tak takut dengan hospital dgn ubat.

Ahad juga hari yang sangat ramai orang, semua ahli keluarga turun . termasuklah moyang atau onyang kita merangkap mak  kepada  nenek. Onyang memang stylo, datang ber wilcha and bila masuk tengok nenek terus berdiri. onyang oooh onyang. Bila onyang bertemu nenek mesti ada drama sebabak. ye lah kan, emak dan anak. siapa tak sedih? cuba bagitahu.

Kadang-kadang terpikir jugak la, time-time tengah malam dalam ICU tu apa yang nenek rasa. rasa sangat sendiri ye nenek? berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul kan nenek. nenek sorang je yang tahu. biasanya malam nenek mesti tidur di atas katil sendiri. tapi sekarang katil hospital. pahit kan nenek? tak pe nenek. sikit je lagi. nenek pasti sembuh.


cara berjumpa nenek

cara ini jelah untuk melawat nenek. memakai topeng udara. sebab? nenek ditempatkan di wad ICU untuk pesakit yang masih dalam rawatan infection. penah satu ketika menerangkan kat nenek kenapa pakai topeng ni. "Nenek, angah pakai topeng ni sebab dalam bilik ni ramai yang ada infection" ye la, nenek tak boleh bertanya, takutlah di hatinya tertanya-tanya. "teruk sangat ke penyakit aku ni sampai cucu aku kene pakai topeng udara" bukan nenek. ini cara nak cegah daripd terkena jangkitan. ok. sayang nenek. get well soon.



until we meet again

No comments: