25 June 2011

Jiwa saya terhadap Puisi tak akan pernah pudar, tidak akan.

Benar
dari dulu sampai saat ini jiwa aku antara puisi tidak pernah rasa kurang
seinci habuk juga tidak akan pernah


Pemuisi paling aku minat abad ini ialah Fynn Jamal.
dia berbakat
dia ciptaan yang hebat
dia segala
boleh sahaja aku mendengar dia bernyanyi puisi hari-hari.

 salah satu karya Fynn Jamal yang berada pada jiwa aku. terima kasih Kak Fynn. terlekat di jiwa pada 27 Feb 2009
 Buku MERAH nama diberi. penuh segala rasa, bila membaca sentiasa terasa impaknya.
salah satu puisi kegemaran, Gadis Yang Disampahkan.



sekarang aku sedang meminta-minta buku ini.

i want nobody nobody but hang

today is Sabtoooday!!

weekend weekend
bila cakap pasal weekend suma pun akan suka
kita pun suka
tp dah beberapa weekend kite BERweekend dkt hospital sahaja.
kita mula-mula tak biasa
tapi bak kata pepatah dua kata " Alah bisa tegal biasa" tak gitu broo??

Entry kali ni nama dia i want nobody nobody but hang (pengaruh youtube, pinjam naa matluthfi)
motif ?
sebab saya rindu chenta hati pengarang batang pisang jantung pisang saya.
hahaa
geli kan motif dia?
tp ada aku kesah?


koordinat momoko saya sekarang di Pahang, atau lebih spesifiknye Pulau Tioman,
kita? Gombak. jauhnya. kalau nak kira jauhnyeeee mcm ni,

p/s: kalau korang boleh baca google tulis sana, we cannot calculate directions between Kuala Lumpur and Tioman Island. haaa terbukti jauh sangat, tu sebab kita rindu.



bagi kita awak lah pelangi kita selepas hujan. halamak, jiwang karat besi kan. maksudnya walau apepon terjadi lepas tu awak akan sentiasa dengan kita. 

 kalau dekat hp kita keluar je momoko call kita akan terus slide, tapi kadang-kadang taknak slide, motif? bagi rindu-rindu sikit. hahahahahaaaaa.

tapi bila dah jadi missed call? kita mcm bengang. and nak sangatt dia call balik. gedik nye lah kita ni.


*awak awak yang tengah baca blog kita ni mesti tengah kutuk kita kaw kaw kan.contohnya:

  1. eee minah ni geli gila. 
  2. eeeee. ni pun nak cerita kt dunia, vodoh2 je
  3. ape pon tak boleh la dia ni.
tapi awak kalau awak dh taknak baca, awk singgah la next post saya k. hahahaha.



dia penah mintak maaf macam ni, masa kita dapat msg ni kita rasa mcm nk tergelak sebab rambut org dalam msg tu sama mcm dia. hahahaha, suke angat...


** eh , kenapa kita ada nampak awak tadah baldi, awak muntah darah ke baca blog saya. maaf lah yer. entry kali ni mmg nk jd org paling gedik.



Add caption
momoko kita very understanding, dia tahu apa yang kita nak, bg kita tak payah lah semua ni, sbb momoko priceless.


ni momoko time pegi naik Broga, eh jap nak recheck, ok dah recheck, maaf, ni bukan momoko la. ni Gambit. ghahahah. tengok saya dah confuse, sume orang saya ingat momoko. motif? rindu laa..


 makan? memang hobi kita dgn momoko = makan, kitorang makan bila lapar, and bila tak berapa nak lapar pon kitorang makan jugekkkkk...


masa ni besday bash momoko, happy sha lalalalal. maaf momoko tahun ni tak dapat celebrate kaw kaw .

oh masa ni kena buli, semua pun kena pakai tarbush. coolio nyeelah kan. layan. zasss..

yang gambar atas ni time kita dengan momoko kat wedding cousin dia. eh jap nak recheck. alamak, salah lagi laaa.. ni irfan cikgu kt cite juvana tuh. bhahaha. gotcha. rindu lagi. bhahahaha lagi skalik.


 gambar atas: masa ni zaman kegemilangan dekat Port Dickson, belajar sama-sama, makan sama-sama, sama-sama menggapai cita-cita murni. adoi la ayat apa ni baiiiii..

 momento at Desaru. <3




My heart for you will never break. My smile for you will never fade. My love for you will never end. I love you.




until we meet again

24 June 2011

Short course done baby!

hello there!!
kita secara officially done with intersesi @ short course.
jyeahhhhhh..!
So nye, entry kali ni kita nak wrapped up pasal intersesi.

intersesi ni actually untuk short course, tak lama, 5 minggu sahaja!
iaitu 4 minggu belajar, 1 minggu lagi final exam.
memang agak short and macam nak termuntah belajar hari2 subjek yang sama.
kita wajib amik intersesi. sebab? time masuk uitm kita tak dapat banyak exemption subjek. motif? sebab kita dari Politeknik. wuwuwuwuw... so layankan aje lah. #takgitu?

Kali ni kita amik 2 subjek. LAW and CORPORATE FINANCE. kelas pun tak pack mcm semester biasa lah kan. kelas hari-hari, isnin-jumaat, 10-12, 2-4.

#APABILACLASS TAK PACK?
mulalah naik kepala kan. hahaha. hari-hari ada je macam-macam benda nak buat.
sebelum start short sem konon budget sebelum start class kita dengan class mate pegi la Genting Highlands.
seronok sebab kita jadi tourist guide time tu sebab ada 3 orang kawan kita dr Sabah.







bila start je class, haaa, amik kau. mula lah terpening pening sana sini. blur pon ada. sebab baru je minggu lepas tu habes final, and skarang nak study balik. yang bestnya  #APABILACLASS TAK PACK?. so mulalah kite dengan kawan-kawan kita nak main masak2 kat dapur. segala masakan lah keluar, dari mcm2 negeri ada.



lepas tu #APABILACLASS TAK PACK? kita tiap2 minggu lah pergi kat Tesco, motif? beli barang dapur lah babe, semua budget2 jadi mak, bapak ade family lah konon. troli sana sini. puihhh.. hahahah.




kalau nak cerita pasal hari Rabu mesti ada je idea nak pegi movie, lepas class je sanggup pegi beli tiket awal sebab budget tiket habes kalo beli malam nanti. motif? rabu kan Movie murahhh. hihihi. karaoke lagi lah, pantang ada time ade je muka kitorang kt tempat karaoke tu.



lepas tu kalau malam tu #APABILACLASS TAK PACK? mulalah nak meneroka kedai mamak sana sini. lagi2 Khulafa Section 7 tu. memang asik2 muka kitorang. apappon x boleh. yang paling bes Khulafa ni dia mesti bukak crite sensasi nora amira, oops silap, nora elena. so kadang-kadang melekat lah kitorang kat sini.




time intersesi ni jugak nenek masuk ward, thank you kawan-kawan sebab sanggup teman sampai pegi HKL.
really appreciate it.



birthday! #APABILACLASS TAK PACK? tiba-tiba ada birthday kawan kita. so sambutlah birthday cik Baz dkt MCd.!!!!




uptown ke downtown? hahha, dua2 pun pergi dalam satu malam, motif? cik Baz nak shopping bawak balik Sabah. bye Cik Baz...






time intersesi ni jugak Library PTAR 1 menara juga siap di renovate, lihatlah hasilnye...

lepas ni study sambil tgok tv! yeay


Semalam, lepas je habes exam, terus shoot pergi movie dengan cik Ami, nasib tak ramai nak beli tix! and harga pun murah compare to TGV and GSC. went for Green Lanterns! it was effing awesome, bes angatttt!








ok
Selamat tinggal Shah Alam
jumpe awak in 2 months timee
until we meet again

20 June 2011

Diabetic. Senyum.Manis.

Selamat hari Isnin.
hari ini sangatlah tipikal Isnin. sebab? bila Isnin je mesti malas nak bergerak, malas berjalan. malas ke kelas.
pendek kata semua macam MALAS nak buat.
panjang kata ? panjang diam je sebab dia malas nak layan pendek kot.


Entry kali ni khas untuk semua rakyat Malaysia
pasal? Diabetic @ Kencing Manis

tak tahulah kenapa rakyat Malaysia ni suka sangat makan manis.
tak kira lah gula tebu, gula-gula, or segala manis2.
bila dah banyak gula dalam badan so terciptalah penyakit kencing manis kan.
lepas tu mula lah obesiti , kegemukan terlampau and sakit itu ini.
worst come to worst kenalah potong kaki.
agak pelikkan bila kencing manis je mesti potong kaki kan,
tapi macam ada sorang family saya ada juga yang potong jari tangan.
it depends la sebenarnya . and the most important thing u ols kene la jaga diri kalo disahkan sakit Diabetic.
sebab? kalo luka susah nk sembuh and boleh merebak dengan cepat pantas tuntas!!!!
elakkan makanan manis and tak lupe juga carbo. sebab carbo mcm nasik juga boleh mengundangggg tau!

without further due marilah tengok conversation pasal potong kaki oleh Doctor wanna be .
Presenting Kak Balqis.
oh siapa Kak Bal? Kak Bal senior saya di skola terchinta! Hillcrest, skrg dia dekat Indonesia. buat apa? belajar. amik apa? Medic yaw. woot woot. Dr wanna be yawww.. yeay lepas ni boleh la panggil beliau Dr Bal yang baik hati.


conversation with Kak Bal




actually ada gambar patient kak Bal yang kene diabetis tu tapi tak sanggup nak post dalam ni, takut u ols tak lalu makan minum dan segala. haish. kalau nak tgok google je mane2 pasal diabetic k.


*tengok dinding kejap

Perkembangan Nenek.

Sabtu lepas ke hospital lagi melawat nenek. sekarang nenek dah tebuk leher. cakap pun dah tak boleh. apa yang mampu cuma mengangguk. mengiyakan saja segala pertanyaan. nak tanya pun ada cara, kene tanya closed question rather than open question. sebab dia boleh jawab Yes or No sahaja.
pilu and sedih. cuba bayangkan kita berada dekat tempat dia. tak boleh bercakap apa yang dihajati. mau meronta-ronta kan. contohnya kalau badan dia lenguh pon apa yang mampu hanya komunikasi melalui mata. itu pun kalau nurse tu perasan. kalau tak perasan? melenguh lah nenek seorang diri atas katil tu.

2 jam setengah berada dekat dengan nenek hanya yang mampu kita buat ialah mendendangkan ayat-ayat Al-Quran dan Zikir-zikir, sekali sekala nampak air mata nenek jatuh membasahi bantal. apa pula yang dia sedihkan yer? tak ada idea sebab hanya nenek yang tahu. nafas nenek mendengus jugak sekali sekala , sesak mungkin. tiub dekat leher membantu nenek membuka rongga supaya kembang bg tujuan bernafas. tiba-tiba buntang mata nenek terbuka, kita pun mula la bercerita dengan nenek. cerita je ape yang terlintas. selalunya kita cerita pasal harini hari apa, pukul berapa, siapa yang datang melawat dan nenek adalah sangat particular dengan tarikh.dia ingat semua tarikh. kita respek nenek kita. dan nenek hanya mampu mengangguk walaupun kita tahu senanye banyak yang dia nak tanya kat kita. Alhamdulillah nenek kenal lagi semua orang yang datang menziarah. selepas berborak nenek perlahan-lahan tidur automatik. mungkin kesan ubat. dialunkan lagi zikir-zikir selagi yang mampu. mungkin zikir-zikir itu juga lagu tidur buat nenek.

Ahad pula tidak dapat menziarah nenek sebab time constraint. FInal exam nak dekat. Makngah je yang buat laporan pasal nenek. ahad 1.30 tengah hari nenek sesak nafas. Doctor buat pemeriksaan and dia bgtahu ada gumpalan bendasing dalam saluran pernafasan. mungkin kahak-kahak nenek yang menjadi gumpalan. nenek, besar betul dugaan nenek kan. takpe, angah tahu nenek kuat. masa kan tidak nurse di hospital panggil nenek Nurse Lady. nurse mengelarkan nenek sebegitu sebab nenek tak buat perangai, disuntik diam, diberi ubat telan, dimandi layan. tahniah nenek. Nenek yang saya kenal memang tidak takut ubat dan hospital. Pernah aje nenek operation lengan dan dia tengok Doctor mengorek lengannya untuk membuang gumpalan lemak. Nenek, angah nak jadi macam nenek. tak takut dengan hospital dgn ubat.

Ahad juga hari yang sangat ramai orang, semua ahli keluarga turun . termasuklah moyang atau onyang kita merangkap mak  kepada  nenek. Onyang memang stylo, datang ber wilcha and bila masuk tengok nenek terus berdiri. onyang oooh onyang. Bila onyang bertemu nenek mesti ada drama sebabak. ye lah kan, emak dan anak. siapa tak sedih? cuba bagitahu.

Kadang-kadang terpikir jugak la, time-time tengah malam dalam ICU tu apa yang nenek rasa. rasa sangat sendiri ye nenek? berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul kan nenek. nenek sorang je yang tahu. biasanya malam nenek mesti tidur di atas katil sendiri. tapi sekarang katil hospital. pahit kan nenek? tak pe nenek. sikit je lagi. nenek pasti sembuh.


cara berjumpa nenek

cara ini jelah untuk melawat nenek. memakai topeng udara. sebab? nenek ditempatkan di wad ICU untuk pesakit yang masih dalam rawatan infection. penah satu ketika menerangkan kat nenek kenapa pakai topeng ni. "Nenek, angah pakai topeng ni sebab dalam bilik ni ramai yang ada infection" ye la, nenek tak boleh bertanya, takutlah di hatinya tertanya-tanya. "teruk sangat ke penyakit aku ni sampai cucu aku kene pakai topeng udara" bukan nenek. ini cara nak cegah daripd terkena jangkitan. ok. sayang nenek. get well soon.



until we meet again

19 June 2011

Happy Father's Day Abah

Hye awak, awak, and awak yang sebelah kiri , awak sebelah kanan. tak lupa jugak awak yang tengah baca blog kita.

sebenarnya bila tarikh Hari Bapa ni?
fyi, Father's Day adalah Ahad, Minggu ketiga, bulan June.
jyeahhhhh
so tomorrow is Father's Day yawww..

*diam kejap, sambil makan coklat.

After a long day dekat hospital td (melawat nenek) , kita,abah,umi, along and fadli (adik last kita) dinner dekat Rodeo Steak House bersempena Father's Day ni la kan.

Rodeo Steak House?     yuppp!
dekat mana ?                  Prima Seri Gombak!
mahal ke murah ke?        not bad lah!
portion   ?                       tak banyak and tak sikit, yang penting kenyang alhamdulillah!


ni adik laki and along kita. nampak tak adik kite mcm peningpening? haa..dia ni tak boleh overdose makan kambing, nanti cam ni lah jadik dia. tp time ni die paning nak pilih menu ape kot ntah.

kiri=umi kita, beliau ialah sifu besar saya dalam arena Steak, beliaulah yg beri tunjuk ajar untuk memilih steak2 kat Victoria Station, Hard Rock , The Ship sume tu sebab? beliau penggemar Steak tegar punyaaaa..

kiri= abah kita, dia ni adalah pengamal makanan paling sihat sebab? dia tak smoking, dia tak makan benda yg mempunyai byk MSG, tak minum air gas. tahniah abah. hihih

topi2 yang memenuhi segenap ruang kedai
style bukan? restoren ni dah penah masuk dalam Jalan Jalan Cari Makan. baru je aritu masuk TV

feature wall dia mmg penuh dgn decoration2 ala2 cowbooy. ngam!


umi telah memilih utk makan Black Pepper Steak and Air Durian Belanda.

Abah's, sizzling mix. semua ada, ikan,ayam,sotong. and thumbs up!

this is mine, Steak Combo! sedap sangat! tapi udang tu tak payah pon tak per la.

Along's, Chicken Bleu. ala2 chicken marryland la ni.


sepatah dua tiga emapt lima puloh kata untuk abah,
hye Abah
Selamat Hari Bapa
firstly nak cakap thanx a bunch for dinner treat setelah sekian lama tak dinner sama2 kan?
tu lah masing2 busy, abah keje sana, angah study sini, umi along and fadli plak kat sinun. tak gitu?
abah thank you for everyhting, sebab layankan je angah ni. layan sini layan sana. nak itu nak ini. semua abah bagi. timeseyh sangat. Sorry abah kalau abah penat layan angah yang tak penah puas ni. start dari angah baby sampai la ni abah tak penah putus-putus bagi macam2.

Paling angah ingat masa darjah 3, abah tengah tidur tiba-tiba angah nak berus gigi and tangan terkena pisau shave tu, ha amik kau berdarah satu baldi, time tu abah mcm kelam kabut sangat pegi buat itu ini. sebab? tu pisau shaver abah kan? hahahahahah

then masa darjah5, abah selalu bawak angah pegi tengok show Disney on Ice, setiap kali ada dekat Malaysia mesti kita 2 orang pegi kan abah? lepas tu balik mesti makan A&W. tak gitu kan abah? lepastu tempat yang every year wajib pegi ialah Genting Highlands kan abah? 2 kali setahun adalah wajib sebab abah tahu angah,along and fadli akan sangat happy bila pergi sana. lagi satu tempat dimenangi oleh Zoo Negara. ada one time tu kita pergi dua orang je kan abah? ada je gambar abah dukung angah depan gajah. tapi takleh upload. bahaya.zassss.

time angah study dekat Port Dickson, abah selalu hantar angah balik PD subuh2 sebab angah malas nak balik awal. so kalau bertolak subuh terus shoot pegi class. Angah tahu abah mengantok kan? tapi abah gagahkan jugak mata abah nk tgok jalan, kaki abah nak tekan brek. haha. then time2 tu lah angah selalu nyanyi kuat2 dalam kete. motif? taknak bagi abah telelap. sorry abah suara tak sedap. pastu kadang2 angah nyanyi lagu merepek-repek. budget nk tunjuk kat abah yang angah tak tido supaya abah tak ngantuk, tapi padahal tengah tido smbil nyanyi.  perangai kan angah ni??


oklah abah, 2 words
Thank you!
and tak terlupa juga umi, thank u umi.
love abah and umi



until we meet again

18 June 2011

Its Friday night.

Salam Sejahtera and Salam Satu Malaysia
meh salam salam. shakehand shakehand
salam hormat selamat hari jumaat

i must say everybody and every each and everyone of you <3 <3 love love friday isnt u?

tipulah kalau kata tak suka. sebab?
murid sekolah pun suke sebab? diorang akan cuti keesokannye walapon sesetengah ade Ko-Ko, murid? ha , dah lame tak gune perkataanMU=mu RID=rid , tu sejak dah bergelar mahasiswi, ecewah
employee and employer, diorang pun uke angatttt  sebab? diorang pon akan cuti keesokannya.
 dan saya jugaaaa yang bernama Fateen Amirah Mohammad Salim suke jumaattt!

kita kalau hari Jumaat je mestilah teringat Rebecca Black tau, taktau lah kenapa. uke angat lagu dia. ahahhah..and tadi berkesempatan tengok video clip Katy Perry dengan Rebecca, waiyaaaa.. tak sanggup nk tengok muka ketiperi. sebab?  muke dia ala2 nerd yg sgt annoying. tak caya tgok gambar ni: zasss
seee thisss ppl, euwwww..tak sanggup taw, ade satu gambar dia pakai braces then mcm ada spider dkt braces tu. naaahh
ok , semua org pon tau dat girl in circle is Rebecca Black, i must say she looks great in this video clip.
The Last Friday - Katy Perry



hari Jumaat jugak which is 17June2011 adalah hari terakhir class intersesi kita di UITM Shah Alam. so next week is final exam yaw.!!! be ready be ready be ready. habis je class terus shoot Gombak sebab malam nak pegi beli pressie mak and ayah mertua. Acewah kan? so teman la momoko membelibelah.


Tadaaaa

watches!!! Happy Fathers Day Abah Nasir  and Mama. acewah lg kan?
untuk parents kita?? lek luuuu.. sabar sikit lagi k umi and abah.

Lepas beli belah terus shoot satay jalan semarak. lama gila tak makan. btw satay ni menang best satay in town dlm food blog. cayalah!~ 
Size = 2 kali size satay biasa
Rasa = boleh tahan
Kuah Kacang = nyummy
Harga = x sure la,lupe tanya td. dulu 70sen , now 80-90 sen secocok.

so ape lagi, g lah teraiiiii


ok guys
until we meet againnn