Perasaan :
Kali ini Berbahasa Melayu penuh sekali.
Hye disana, disana sedang berbuat apa?
Di sini yang ke berapa juta kali, lagi sekali, buat julung kalinya, terasa ingin lagi menukar baringkeluar(layout).
ini adalah untuk mengelakkan kebosanan melanda samada kebosanan saya atau sesiapa sahaja.
Selain itu, ia adalah ditukarkan mengikut perasaan saya. Terpulanglah kepada kamu sekalian untuk menilai sama ada merah jambu ini bermakna gembira,sedih,ragu-ragu, penuh muslihat dan sebagainya. Itu adalah hak individu.
Kita hidup ini umpama "Mata atas Malaysia" (Eye On Malaysia). Sekejap kita di atas sekejap kita dibawah.
Bila kita dibawah kadang2 tiada orang yang mempedulikan kita. Tapi ada juga yang menolong kita.
ingat ye kawan-kawan
Yang tinggal itu kawan, yang pergi itu sampah, plastik sahaja..-fynnjamal
Saya sangat sokong. Saya sangat gembira kerana mempunyai kawan-kawan yang sangat terbaik, sangat membantu dan sangat saya selesa. Saya harap sampah akan dapat dibersihkan. ***berharap
Kita ini hidup jangan terlalu bergantung. Kalau boleh jangan bergantung dengan sesuatu yang kita akan sakit bila tempat kita bergantung itu tiada suatu hari nanti. Setuju.!
**sambil meletup-letupkan jari-jari tangan. Menggeliat
Bukan apa, banyak cara kita boleh buat untuk tujuan tidak bergantung antara satu sama lain. Misalannya, kita perlu melengkapkan diri kita dengan pelbagai kemahiran. Contohnya kemahiran berkomunikasi, menyelesaikan masalah, menanganai kemurungan dan sebagainya. Boleh aja kot.!
Marilah kite mencuba bersama, untuk kebaikan bersama.
Saya percaya bahawa kadang-kadang Dia tidak berikan apa yang kita hendak, tapi Dia beri kita sesuatu yang kite perlukan. Kehendak melebihi keperluan adalah musuh utama kita pada hari ini. Tidak payah cakap pasal materialiti, kalau kita hendak kaitkan kepada perasaan kita sendiri juga boleh. Kadang-kadang kita tidak sayang orang itu, tapi orang itu sayang sangat dekat kita? Apa maksudnya? Hurm..
Tapi ada juga kedua-dua perasaan terbalas. Oopps..
**gigit bibir
Perasaan kita ini berubah-ubah, berantung kepada faktor dalaman dan luaran kita. Seharusnya jika kita dikritik kita tidak perlu cepat melenting, malahan kita perlu menjadikan segala kritikan sebagai salah satu cara menbangunkan diri kita. Manusia tidak boleh mengadili sifat kematangan mereka sendiri. (pendapat saya, pendapat kalian?.. terpulang). Ada tidak orang cakap.
Aku ni dah matang, apa yang aku buat semua betul. Engkau tu budak kecil. Takde otak. Tak payah cakap dah. Kalau kau diam lagi bagus.
Rangkap ini kalau disembur seseorang kepada kita memang bertempek dekat medula oblongata, serebrum, sereblum kita. Tindakan refleks pun tidak dapat buat apa. Kalau ini terjadi kalian perlulah cepat-cepat menghabiskan laporan makmal bagi mengetahui keputusan kepala otak anda.
Jangan sesekali lari 100m bepagar untuk lari dari masalah. hadapi masalah. buat pengaturan bagi menyelesaikan masalah. Justeru, kita akan lebih tenang, senang, lenang, menang, segala nang nang.
Sudah lama tidak menulis entri berunsurkan serius sebegini rupa.
Entahlah, kadang-kadang kita mesti selalu cakap dekat diri kita yang kita ni boleh buat apa sahaja. Jangan melenting, cermin diri, mungkin akan lebih tenang.
Kenapa stop?
sudah menguap beberapa kali.
tidak larat
jumpa lagi
until we meet again
adios amigos
chow lo botte