24 August 2009

Kan bes kalau..


Kan bes kalau hari-hari bangun je ada 'kawan'
kan bes kalau 'kawan' tu tau yang kitaalaupun kita sedang gembira.
tapi 'kawan' tu hilang
kejap ada
kejap tak ada
macam biskut.

Kawan. Bila kita nak makan sama ?
Kawan. Bila nk berbicara lagi?
Kawan. Bila nak ke tempat sana lagi?
Kawan. IMYSM


no matter what, just dont lose the hopes.
Umi, abah, angah kahwin lambat sikit tau.

tapi taklah tua mcm ni kot.
insyallah

21 August 2009

U r hired!

Kerja

Susah.Memang susah.Tidak dan memang tidak akan bisa digambarkan.

Lelah.Memang lelah.Tidak juga dan memang tidak akan reti untuk dikatakan.

Kerja.

Apabila kerja akan rasa penat, tapi untuk mencari kerja juga penat rasa.

Jari menekan keyboard mengisi borang, mata disengkang mencari yang serasi,

Kaki?

**gelak sinis

Apatah lagi kaki ke bangunan itu, ke wisma ini,mencari sekeping mungkin iklan yang ada.

Ya! Tengok itu..! kerja kosong. Pemandu lori kah aku? Bartender tidak sama sekali?

Aku ada segulung diploma.Oh mungkin tidak segulung kerna hanya ijazah dipanggil segulung. Baiklah hanya panggil sekeping diploma perakaunan.

Cube menelefon sahabat handai. “Hoi,kau lagian dimana?” Ada kerja kosong?Ada.

Yeay! Esofagus aku mengalirkan air liur gembira. Kerja? Sebagai pembantu jualan.Gajinya RM 3.80 sejam.Tidak mungkin

Mendail lagi telefon tangan. “Hai,sudah lama tidak ketemu.di mana kalian?”KLCC. Okay ya. aku datang.

Tiba di sana mulut dan lidah bergabung bertanyakan kerja kepada sahabat itu. Lantas,ada. RM4.50 sejam. Ok,di bawah pengawasan (KIV).

Duduk di atas bangku bas menekan papankunci telefon tangan. “Akak,ada kerja kosong?”. Ada.

RM4 sejam dan hampiran rumah.Oh sangat baik. Terima.

Setiba di rumah. Murung.

Menekan laman web kerja kosong segala. Lalu mengumpulkan maklumat segala syarikat lagi. Esoknya menelefon satu persatu syarikat dan…….

“Ya,Cik boleh datang ke pejabat kami petang ini untuk ditemuduga”

Terima kasih banyak.

Terima kasih usaha.

Terima kasih penat.

Terima kasih lelah.

Bersiap pada petangnya ke tempat temuduga. Semuanya berjalan baik Cuma gambar ukuran passport lupa dibimbit bersama. Cuai dan silap memang tak boleh dipisahkan. Menunggu berita pada esok hari.

Selepas 2hari. Berjalan di kedai buku Border, Times Square.

Telefon berbunyi..Nombor tak dikenali. “Fateen ke ni? Awak boleh datang kerja isnin ni? Datang ya, awak masuk bahagian akaun untuk syarikat ni.” OK.Saya mesti datang.

Terima kasih jari tangan dan kaki, terima kasih umi dan abah.

11 August 2009

Berjalan dan berdiri satu jam setengah

Sehari di Desa Water Park adalah meletihkan. Thanx azhar sebab teman main gelungsur tu kalo tak i memang lah tak naik. kan kan kan? setelah dipaksa baru terlebur hati ni.
Melayan karenah Sara. Nasib ada Paksu kan. kan kan.hehe
Mak Zaha yang sangat cool. 2 round gelongsor oke. haha
Then ke Mines untuk karaoke.
Aunty nyanyi lagu Sekadar di Pinggiran menusuk kalbu la.
hahaha.
i must say i really enjoy with all of you.
Mwahsssxx


Azhar, Sarah and Me